Salam,
Aku xnak bagi entry yang 'over' walaupon sebenarnya dalam hati..Tuhan aje yg tahu..
Kenapa entry aku ghupa gtu? sejak 2-3 minggu ni emosi+fizikal aku kurang sihat.. saje buat2 sihat sbb x nak nampak sgt "awful"..Bila korang stat baca entry ni korang kena baca sampai habis..wajib... kerana kita saling mengingati..
Korang pernah tak terfikir ttg bila ajal kita akan tiba??? Kalau pernah bagus la, sbb kita yang hidup pasti akan mati..cuma xtahu bila kan?
Sejak kebelakangan ni aku banyak terfikir tentang soal kematian...kadang2 aku ni OVER berpikir (terlampau obses tentang sesuatu hal ).Anak2 masih kecik..paling kecil 4 bulan (baru pas bersalin anak lelaki) macamana ibu ku yg bergantung pd ku selama ini? suami ku? adakah dia akan kahwin lain? macamana emak baru anak2 ku nanti? Mahu aku tangisinya sekarang!!! Tapi apa pun kita kena redha dengan ketentuan Allah dan serahkan segala urusan tersebut kepada Nya sahaja.Itu sebenarnya rahsia Allah...
Bermula kisah ketakutan ku itu bermula sejak bulan lepas bila aku menonton Astro Oasis drama "Renungan Ajal" berkisar ttg 100 hari tanda2 kematian. Sangat seram + menginsafkan diri aku... Lepas tu, ramai pulak yg share kt 'whassp+fb' tentang tanda2 100hari kematian.. Selepas satu2 pekara yg membuat aku smakin berfikir tentang dtgnya ajal.. sejak kematian suami rakan baik ku yg umurnya sebaya dengan kami.. membuatkan aku sekali lagi terfikir..ajal tidak mengenal usia..tidak mengenal 'siapa & apa' yg akan kita tinggalkan di atas dunia ini.. dan sejak kebelakangan ni berlakunya kejadian2 mengerikan hingga meragut nyawa.Ajal bukan kerana sakit sahaja...
Sampai satu ketika, selepas suamiku pulang dari kursus aku terus mengajak suamiku ke klinik utk buat pemeriksaan apabila jantung ku sering berdebar2 dan tangan menggigil.Macam2 yang aku fikir masa tu...terlalu merisaukan..sehingga pemeriksaan jantung&darah diambil doktor kata sume normal..cuma aku mengalami 'anxiety disorder' yg disebabkan stress dan anemia.. (Jantung berdebar, kurang berat badan, muscle weakness juga salah satu simptom anemia sebenarnya..)
Sehinggalah aku meluahkan perasaan pd kawan2 rapatku..buat research di google (always!) dan kwn online ku juga memberi semangat kepadaku...katanya...
" Kematian
itu pasti,cuma kita x tau bila..sbg hamba,kita mohon agar kita
dipanjangkn usia dan menjadi hamba yg soleh
Lina kena kuat n sihat utk anak2 n suami..
Ambik aura positif, bersihkn ruang keja lina,ubah posisi sedikit agar mood lbh baik
Buat apa yg lina suka,masak2,tanam bunga
Weekend bg masa bsama anak,g jenjalan.. Buat yg lina suka,inshaallah nti hati lbh tenang..
Ujian yg dberi sbg tanda k.sayang Dia kpd hamba..
Rezeki itu rahsia Allah,minta dan terus minta
Ameen "
Kini aku memegang kata2nya..walaupon bila datang rasa x sedap hati aku banyakkan berdo'a..Insyaallah..melakukan ibadat2 sunat pastinya untuk ketenangan jiwa..setiap kali sujud akhir dalam solat macam2 yg ku mohon pada Nya..termasuk la.. diberikan umur yang panjang utk beramal soleh, kesihatan yang baik, keselamatan di dunia&di akhirat bukan shj utk diriku tp juga utk orang2 yang aku sgt kasihi.
Mudah2an ini juga ujian buatku daripada Allah..Allah menghantar SMS rindu kepadaku..supaya aku lebih dekat denganNya.Mungkin sebelum ni buat ibadat tak sungguh2..bila selalu teringat tentang kematian..aku akan terpikir..klu aku mati..x sempat sembahyang macamna??? sape nk jawab tu? sape nk tolong aku nanti?
Bila memandang wajah anak2..aku jd sedih.. setiap kali itu jugak aku berdo'a.. Ya ALLAH panjangkanlah umur hamba Mu yg hina lagi lemah ini..berikanlah aku kudrat & kesihatan yang baik utk aku membesarkan anak2..mencari rezeki diatas bumi Mu dan beramal soleh.
Tapi...bila aku google search..bkn aku shj yg mnulis tentang entri macam ni..ada jugak yg rajin meluahkan perasan melalui blog..dengan cara ini kita dapat berkongsi rasa..sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita semua.Aku anggap ini ujian dari Nya utk memberi kesedaran kepada ku..ujian datang bukan bila kita rasa susah sahaja..sedari la,kalau kita tengah sihat&senang..itu juga UJIAN dari Allah.
cara2 aku menenangkan emosi yang gundah gulana ni... aku belajar solat tahajjud, melakukan solat hajat, berpuasa & sentiasa bertawakal kpdNya..selepas melakukan ibadah2 sunat aku jd tenang..cuma satu harapan ku..bila aku tiada nanti harapan ku adalah 'harta akhirat' ku iaitu anak2..aku berharap mereka akan terdidik menjadi muslim&muslimah yang sejati agar mereka akan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya di akhirat kelak.Bukan harta&wang ingin ku tinggalkan untuk mereka (itu satu bonus jika ada!) tapi ilmu agama..semoga mereka menjadi anak yang soleh & solehah.Amat berat tanggungjawab yang harus kami pikul.
Semua yang berlaku ada hikmahnya..kita sebagai hamba tugas kita berusaha & bertawakal hanya kepada Allah SWT.
# Memetik kata2 dari FB @Maniskan Iman Semanis Senyuman.." Bila kita terfikir tentang kematian,dan takut akan kematian itu,Allhamdulillah kita masih ada Iman didada "#
Amin Ya Robbal 'alamin.
P/S : Meminta dan terus meminta daripada Nya.