Thursday, October 18, 2012

~Tips jg anak2 yg demam~

Salam,

Bg mumy&dady..kami amat risau klu anak2 demam lbh 2 hari...sbb demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah krn akibat daripada demam boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya cth demam denggi, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain.

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?

1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer untuk mengetahui suhu badan anak. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. Di nasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga.
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.
8 Tips Apabila Anak Demam Panas :-

1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala lembap/sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi atau tampal 'coolfever' di dahi anak.Kami sering smpn 'stok' coolfever uatk waktu demam x d jgka.

4. Berikan susu atau air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-

1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.
 
Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.
Selamat mencuba & semoga anak2 kalian sihat sentiasa =) 

~Mummy nab&deera~

No comments:

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum, Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin) Tapi ada se...