Wednesday, July 15, 2015

9 Cara menghadapi tantrum anak!


Bismillah...

Salam 28 Ramadhan,

Nak cerita ckit pasal tantru... bukan ape..sejak HERO ku berumur 2 tahun [pada 24 jun lepas] amboiii haii... asik tantrum jek..kalau dia lambat dapat sesuatu atau kalau tak dapat. Mumy pon dah naik lali... tapi lali-lali pon dalam hati membara tapi diam kan aje..sabar2.. tak mo la hilang kawalan ke hapee..kang jadi kes dera mcm kes baru-baru ni. [na'uzubillah] Tu orang yang takde pedoman hidup, takde iman lagi agaknya.

Apa yang kita perlu buat??? Cari punca dan jalan penyelesaian arrr...
1. Sebagai ibu bapa,sebaiknya bersikap tenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum.
2. Menghiraukan anak anda sampai kemarahannya reda, berikan peringatan dengan tegas (tanpa marah) mengenai aturan yang telah dipersetujui bersama.
3. Hindari memukul anak anda, lebih baik anda memeluk anak sampai anak anda tenang. 4. Cari punca kemarahan anak anda sehingga anda dapat memberikan penjelasan yang sebenarnya.
5. Sebaiknya anda tidak menyerah kalah ketika anak anda marah, kerana anak akan melakukan tindakan yang sama ketika menginginkan sesuatu lagi.
6.Jika anak mengamuk, berikan dia pilihan samada mahu bersikap baik dan tidak dimarahi. Katakan yang jika dia berkelakuan baik anda akan menjanjikan sesuatu seperti membawanya berjalan-jalan atau sebagainya.
7. Alihkan perhatiannya dan fokus kepada pekara lain, pada hal hal yang lebih positif.
8. Jauhkan benda-benda yang berbahaya dari sekitar anak anda yang sedang marah. Jika pujukan tidak menjadi dan anak terus berguling di atas lantai atau menghentakkan kaki biarkan sahaja. Namun pastikan keadaan sekeliling selamat dari barang-barang merbahaya. Bila penat, dia akan berhenti.
9. Anda harus membiasakan komunikasi terbuka dengan anak dan juga berikanlah pujian apabila kemarahannya reda.

Kesimpulannya, walaupun mereka kecil, mereka boleh memahami ketika ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci atau kecewa. Selalu berkomunikasi dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.


Semoga Razin Nadhif jadi anak yang BEHAVE =)



[supplemen untuk anak-anak riang, sihat & cerdik..KLIK SINI!]

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...