Assalamualaikum w.b.t,
Selain mummy yang bizi penutupan akaun 2015...mumy pon bizi jaga anak-anak yang amik giliran demam...pas kakak beela demam 5 hari..selang beberapa hari si abang kecik pulak demam. Dah la susah nak makan ubat...
.
Apa mumy buat ialah...
1) Mandi/jaram/jerlum dengan tula basah untuk pastikan suhu badan tidak naik tinggi...kalau dia panas sangat..mandikan aje..pastikan mandikan anak curah air dari kaki ke atas..supaya dia tak terkejut.Atau..basuh muka dia...renjis2 air sikit kat dia. Kenapa kena mandi & lap badan dgn air sejuk? sebab wap panas akan keluar melalui tempat sejuk..macam cawan panas..klu kita sejukkan bawah kipas...sure la cepat air tu sejuk kan??? [meyakinkan tak penerangan aku ni?]
2) Lemon socks - ni tips ni aku baru tau..tips dari pegawai aku yang duk citer cara dia mengurangkan demam anak dia.Caranya mudah . Stokin
dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan
bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan
basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking
panjang sampai lutut pun takpe. Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air
asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang
kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.
InsyaAllah, semoga kita jadi mak mak yang tabah jaga anak tak sihat ni...plus kalau kita ada anak-anak lain. Kat situ la kita di uji. Mana nak layan yang sihat..mana nak layan yang merengek kan?kan?kan? Ala, kita SUPERMOM kan...mesti bole... =)
Semoga bermanfaat,
Xx Mummy Nab&Nad xX
Xx Mummy Nab&Nad xX
No comments:
Post a Comment