Thursday, April 14, 2011

Subchrionic hemorrhage

Salam blogger,

Hari ni saya nak cite mengenai pendarahan yg saya alami semasa mengandungkan anak kedua kami...
Bermula 4/4/11 ada lendiran berwarna coklat keluar (spt kita habis period...) iaitu sejak kandungan ku memasuki usia 3 bulan..tp lama kelamaan ia bertukar menjadi darah merah tetapi masih tidak rasa sakit perut @ tiada 'ketulan' yang keluar..mula2 doktor jangka "it was 'threaten abortion' " ia berlarutan sehingga 1 bulan setengah sehingga saya terpaksa keluar masuk wad..apabile doktor scan, bayi masih hidup di dalam rahim saya.
Alhamdulillah! saya amat risau jika betul2 saya keguguran..pernah seketika...pendarahan saya mengalir lebih byk dari darah 'period' kita..Allahuakbar! saya trus admit wad HPSF Muar beberapa hari..dan M.C sehingga 1 minggu x 4kali..means??? 1 bulan kan? (Lps abis 1 minggu..sambung seminggu lg MC...saya kena bed rest..)
Sehingga la kami cuba alternatif lain iaitu merujuk ke maternity specialist...saya telah berjumpa dgn Dr Ng di Muar, Johor...akhirnya dia mengesahkan saya diagnosa 'subchrionic hemorrhage' atau 'hematoma'..
Boleh rujuk web ni.. subchorionic-hematoma klu nak tahu lebih lanjut apekah itu? saya cuma bole bg web untuk rujukan kalian jer..sbb sy bkn doktor..xleh nk ulas lebih2...cuma nak cite pengalaman saya..

Subchrionic hemorrhage
Gambar di atas menunjukkan bagaimana ketulan darah yang melekat di uri....

Sekali lg..Allah Maha Kuasa...Dia yg menentukan segalanya...aku selamat melahirkan puteri ke 2 yg comel pd kandungan berusia 35 minggu 6 hari.
Kalau ada ibu2 yang mengalami masalah begini..jgn panik, kecewa atau mudah putus asa...banyakkan berdo'a...semoga ibu&kandungan selamat sehingga hari kelahiran...Amiiin.

Love u all out there..thanks for reading ;-)

Friday, March 18, 2011

Nabeela akan dapat adik....=D

Salam,

Setelah beberapa bulan menyepikan diri...tetibe nak umumkan 1 berita tergempar!!! Gempaq x bape nak gempaq la....tp pada mulanya aku susah gak nak terima hakikat...tp bila pikir2 semula....dorongan,kata2 semangat serta nasihat dari kawan2...kenyataan ni aku terima sebagai REZEKI yang besar dari Allah S.W.T.

Nabeela kini berusia 8 bulan 3 minggu 3 hari...means 4 hari lg dia akan sambut ulangtahun kelahiran yg ke 9 bulan..Mummy heppy sesgt...sbb anak mumy dah besar!!!

But then, Nabeela will be 'kakak' kalau tak de aral lebih kurang pada pertengahan bulan Oktober 2011.Kalau ikut pengiraan aku nabeela berusia 1 tahun 3 bulan ketika itu.

Aku kini pregnant 2nd baby...(ketika entry ini di tulis...kandunganku berusia...9 minggu..
heehee )Alhamdulillah sejak disahkan mengandung...sehingga kini..aku xde alahan yg teruk...cuma macam biasa...tekak loya2...kurang selera makan...aku xde lagi muntah2...aku do'a sgt2 supaya Allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang mengandung anak ini.Kasihan Nabeela, kalau aku x sihat...dia nak bermanja dengan aku...dia baby yang manja...masih breastfeeding...walaupun aku mengandung..walaupun sekarang terpaksa campur FM...atas sebab badan ni letih dan x mampu menanggung kedua2nya (Breastfeeding &Pregnant) terpaksa aku korbankan hasrat nak BF Nabeela until 2 years.Aku harap Nabeela leh 'tandem nursing' selepas aku melahirkan bayi ke2 ni...dan adiknya dapat eksklusif breastfeeding.....amiiiin =D

Sedikit tips yang aku dapat dari rakan 'alam maya'...seronok berFB ni...dpt kenal ramai mommies2 luar sana...berkongsi idea,pendapat&pengalaman mengandung,melahirkan dan membesarkan si manja....walau jauh dimata...tp tetap dpt berborak!!!

:: Begini la rupenya...kandungan berusia  9 minggu ::


‎5 cara kurangkan loya tips dari doktor pakar Obstetrics & Gynecology Dr. Norintan Zainal Shah :
*sediakan stok biskut kering disebelah katil sebelum tidur..sebaik terjaga boleh kunyah biskut tu untuk elak kandungan asid dlm perut naik dan menyebabkan rasa mual.
*sepanjang hari makan dalam
amaun yang sedikit tp kerap..mkn stiap 2-3 jam..mesti makan biarpun ibu x lapar sbb ia akan membantu mengawal asid dlm perut..boleh makan bijirin bersama susu..
*sebelum tidur ambil snek seperti yogurt atau susu..selepas 30 minit boleh baring dan tidur.
*minum air yg banyak iaitu 8 gelas sehari..jus buah2han atau teh herba setiap hari.
*elakkan makanan yg ada byk lemak dan bahan berempah..makanan mengandungi halia adalah terbaik utk megatasi masalah ini..memandangkan halia adalah ubat mujarab untuk membuang angin dalam badan...
Aku ada terbaca tips bagi menghilangkan loya tat kala mengandung...dengan meminum air halia...huuuurmmmm =P
Cara penyediaan minuman halia :
Bahan2 :
20 hirisan halia muda
2 helai daun pandan
Gula melaka/Gula kabung secukup rasa
Cara2 :
Rebus semua bahan di atas.Tapis & minum air tersebut setelah suam.
Semoga dengan sedikit tips2 kat atas ni...kita akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan nikmat&rezeki yg Allah berikan kepada kita....Amiiiin.

Jumpa lagi ye blogger....

Thanks for reading ;-)

Part 3 :Dah lama x update blog...lagiiii!!!

Jumpa lagi sekali...heehee..sambungan Part 2...masih bercite berkenaan botol susu 'non' BPA or BPA free....

Sumber ini di petik dari laman web Kementerian Kesihatan...

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat/BPA :

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7
  2. Nombor 7 dan PC
  3. Nombor 7 dan ‘other'
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Kan??? are u happy now?walaupun KKM kata bole pakai selama 6 bulan jika tiada kerosakan pd botol...tp pd hemah saya...3 bulan je...kita LEGO!!! (let go) huuhuu...

That's all...semoga dgn sedikit informasi ni kita dpt berkongsi & mendapat manfaat bersama yer ;-))

Thanks for reading;
Lyna.

Part 2 : Dah lama x update blog!!!

Salam....

Jumpa in Part 2...kalau blog ni ada perasaan...mesti dia merajuk...tp,nk wat camne?bz.....memanjang..coverage internet kt umah pon X OK..harapkan balik umah mak..coverage internet full bar! Tp...dah melayan si kecil...bile masa dtgnya idea nak menulis blog.

This time nak kongsi cite tentang penggunaan botol BPA yg kini telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia...Huh! Mungkin aku terlepas pandang aspek tu...memang aku ada TERbeli botol AVENT jenis clear plastik... (Avent terdapat dalam 3 jenis -HONEY,MILKY,CLEAR)...

Honey color - Polyethersulphone (PES) terdapat dlm warna madu berwarna alami dan merupakan bahan yang sangat tahan lama. 'High quality' ia bererti bahawa itu adalah tahan panas, tahan kotor dan lasak. Selain, botol PES mempunyai kelebihan sedikit kerana itu lebih mudah dibersihkan.

Milky pulak - Polypropylene (PP) mempunyai rona susu dan merupakan bahan yang lebih lentur. Philips AVENT botol yang diperbuat dari material ini mempunyai cincin penyesuaian untuk memastikan rok unik pada puting susu bekerja secara optimum.

Clear - Polycarbonate (PC) adalah plastik yang jelas yang sangat tahan lama. Polikarbonat plastik digunakan dalam botol bayi, botol air, peralatan perubatan, peralatan olah raga dll kerana kurang kemungkinan retak atau pecah, yang boleh menyebabkan kecederaan. Namun, Polycarbonate mengandungi Bisphenol A ;-P

Penjelasan kt atas ni...sebagai panduan pengguna2 botol AVENT...Tp saya ada 1 botol yg masih belum digunakan. Pasni...saya nk citer tentang cara2 penjagaan & penggunaan botol BPA...sbb selama ni orang x kisah pon botol BPA atau x...tp saya skrg...botol air sendiri pon saya cek...heehee...

Tunggu part 3...bole???

Jumpa lagi.....

Tuesday, March 15, 2011

PART 1 : Dah lama x UPDATE blog.....=)

Salam blogger,

Heehee...lamanya aku x update blog....sempat jenguk...tp x sempat nak menulis...Alhamdulillah...tahun 2011 kursus 7 hari aku dah 'complete' malah,terlebih 1 ari..tp nangis jugak la tinggalkan si chumel beberapa hari tp mummy x risau...sbb Bella tinggal dgn atok..dia mmg dah biasa duk ngan atok.

Lg 1 minggu usia nabeela menjengah 9 bulan....cepatnya masa berlalu..ingat lagi masa dia baru di lahirkan&masuk wad bayi....sgt chumel&kechikkkk...Tp skrg Alhamdulillah..sgt aktif&bijak.......dia sgt suka belajar pekara baru, dah pandai meniru perbuatan org dewasa dan cepat belajar melalui persekitaran...
:: Sgt suka menonton TV dan ada lagu2 favorite ::
:: Khusyuk!!! ::
:: comot...makan coklat DAIM ::
:: Gaya anak ku yg semakin membesar ::
:: Membelek kasut baru ::
:: Muncung ::
:: Aksi2 nabeela =) ::
Sampai sini dulu...will be continue...;-)

Tuesday, February 15, 2011

Set Bersalin Salindah


Set Salindah (Lengkap) ~ RM 370.00

Mengenai Produk :

Pengambilan Salindah sepatutnya dari 12 minggu hamil, tetapi masih sempat mengambil set lengkap walaupun kandungan sudah 24 minggu.

Pengambilan Set Salindah adalah bertujuan menambah dan memperbaiki aliran darah, mengurangkan masalah alahan, menyuburkan perkembangan janin, mengurangkan risiko keguguran, memudahkan bersalin, menghilangkan masalah semasa hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Mencegah masalah meroyan dan menjurus ke arah memperolehi anak yang sihat dan cerdas.

Set Lengkap Salindah

Cara makan Set Lengkap Salindah :

• Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.

• Jangan sentuh dengan tangan

• Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin.

• Jangan simpan di dalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik.

• jangan gunakan sudu besi

Produk Kandungan Masa Penggunaan Cara Pengambilan / Penggunaan :

 
Dari awal hamil 3 bulan hingga bersalin:

• B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis

• B2 (120 biji) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis

• B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis

• B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin

• B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin

• B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)


Selepas bersalin:

• L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh)

• L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari

• L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari

• L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan

• L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis

• L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi

• B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin

• B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin

• B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)



Salindah ~ Set Sebelum Bersalin

Cara makan Salindah ~ Set Sebelum Bersalin

• Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.

• Jangan sentuh dengan tangan

• Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin.

• Jangan simpan di dalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik

• jangan gunakan sudu besi.


Produk Kandungan Masa Penggunaan Cara Pengambilan / Penggunaan :

Dari awal kehamilan dari 3 bulan hingga bersalin:

• B1 (336 biji) mulai 3 bulan (minggu 12) 4 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis.) mulai 6 bulan (minggu 24) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis.

• B3 (336 biji) mulai 7 bulan (minggu 28) 2 biji 2 kali sehari. Makan hingga habis.

• B4 (30 biji) 4 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari. Makan sehingga bersalin.

• B5 (84 biji) 2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari. Makan sehingga bersalin.

• B6 (30 biji) 1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit).



Salindah ~ Set Selepas Bersalin

Cara makan Salindah ~ Set Selepas Bersalin

• Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak atas lidah dan kemam sehingga larut.

• Jangan sentuh dengan tangan

• Berpantanglah dari kopi (minuman berkafein), cili, kari, makanan berempah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dan selepas bersalin.

• Jangan simpan didalam peti ais dan jauhi dari barangan elektrik

• jangan gunakan sudu besi.


Produk Kandungan Masa Penggunaan Cara Pengambilan / Penggunaan

Selepas bersalin:

• L7 (30 ml) penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi.

• L8 (30 biji) mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam. Makan sehingga habis. (jika melalui pembedahan,makan hari ketujuh).

• L9 (16 biji) mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari.

• L10 (96 biji) mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari.

• L11 (220 ml) mulai dari hari ke 7 atau diminum selepas sehari makan L10 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan.

• L12 (96 biji) mulai dari hari ke 21 atau selepas habiskan L10 makan 2 biji 2 kali sehari. Makan sehingga habis.

Set Bersalin Mustika Ratu


Jamu Selapan + Bengkung + CD harga :RM 186.00
Kos Penghantaran : RM 20.00
 Set Bersalin Mustika Ratu

Set Bersalin ini mengandungi :

Tapel Raket Mustika Sejati, Berbengkung, Pilis Wangi, Bancar Air Susu, Parem Segar Sumyah, Jamu Galian Parem Wangi, Jamu Pulih Balung Sumsum, Minyak Telon Mustika Ratu, Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash.


 



Mengenai Produk :

Rawatan 40 hari selepas Bersalin. Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Amalan Perawatan Jamu Selapan mustika ratu secara teratur selama 40 hari selepas bersalin membantu memulihkan kesihatan para ibu agar kembali segar dan tubuh badan kembali menarik serta memberikan zat yang diperlukan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Jamu Selapan harga RM 99.00
Kos Penghantaran : RM 10.00 (sorry, kurang dari RM200.00 kena tanggung kos 'postage')
 
Keterangan & Cara Penggunaan :

Pemakaian Jamu Selapan

Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara ikat, bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal di atas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

Bancar Air Susu

Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

Jamu Galian Parem Wangi
Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

Jamu Pulih Balung Sumsum

5 biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu
 
Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.

Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masalah senak perut, sebaiknya urut di celah pinggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash
 
Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masalah keputihan.

Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...