Tuesday, February 15, 2011

Set Bersalin Mustika Ratu


Jamu Selapan + Bengkung + CD harga :RM 186.00
Kos Penghantaran : RM 20.00
 Set Bersalin Mustika Ratu

Set Bersalin ini mengandungi :

Tapel Raket Mustika Sejati, Berbengkung, Pilis Wangi, Bancar Air Susu, Parem Segar Sumyah, Jamu Galian Parem Wangi, Jamu Pulih Balung Sumsum, Minyak Telon Mustika Ratu, Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash.


 



Mengenai Produk :

Rawatan 40 hari selepas Bersalin. Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.

Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.

Amalan Perawatan Jamu Selapan mustika ratu secara teratur selama 40 hari selepas bersalin membantu memulihkan kesihatan para ibu agar kembali segar dan tubuh badan kembali menarik serta memberikan zat yang diperlukan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Jamu Selapan harga RM 99.00
Kos Penghantaran : RM 10.00 (sorry, kurang dari RM200.00 kena tanggung kos 'postage')
 
Keterangan & Cara Penggunaan :

Pemakaian Jamu Selapan

Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.

Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara ikat, bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.

Pilis Wangi
Pilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal di atas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.

Bancar Air Susu

Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.

Parem Segar Sumyah
Dicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.

Jamu Galian Parem Wangi
Minumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.

Jamu Pulih Balung Sumsum

5 biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.

Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu
 
Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.

Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masalah senak perut, sebaiknya urut di celah pinggul bayi agar dia kembali selasa.

Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash
 
Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masalah keputihan.

Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.

2 comments:

Anonymous said...

Set bersLIN NI ADE LAGI X

Unknown said...

saya takde jual yg ni lagi... =(
set bersalin moden ada... =)

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...