Tuesday, September 15, 2015

Kisah inspirasi - Bella ammara & Sugarscarf


Assalamualaikum,
Aku saja nak abadikan kisah permulaan butik muslimah BELLA AMMARA ni supaya menjadi inspirasiku untuk lebih kuat mencari rezeki & beramal ibadah kepada Nya.

Jom sama-sama baca, supaya sedar & tidak terus duduk di 'comfort zone' sekarang.
Aku berpegang pada kata-kata ni... "Sabar, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..." Jadi sentiasalah berusaha, rezeki tu Allah akan berikan samada cepat atau lambat.

Semoga terinspirasi dengan kisah pemilik BELLA AMMARA ini. Tambahan lagi satu..kalau perasan... Sugarscarf & Bella Ammara ada keluarkan cosmetic range.. Sugar Belle. So, sebelum tu, aku akan kongsi sikit kisah Sugarscarf yang aku ambil dari blog dan instagram pemilik Sugarscarf @eyqa sulaiman kerana pada aku kisah dia memberi semangat untuk aku berusaha lebih gigih untuk berjaya di masa akan datang. Maaf tiqah, tak mintak kebenaran kau amik screenshot ni =(








......................................................................................................

Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Aku berhenti.
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
July 2012.


Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara."
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
.........................................................................................................

Salam inspirasi semua & good luck everyone!

TQ Bella Ammara & Sugarscarf kerana berkongsi kisah anda untuk kita semua.

Monday, September 14, 2015

Tragedi Kren Tumbang di Masjidilharam Mekah

Assalamualaikum,

Pada 11 September 2015 jatuh pada hari Jumaat.Petamg selepas waktu asar (jam 10+ malam waktu malaysia) seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang setelah di tiup angin akibat ribut pasir di Mekah.

Allahuakbar!

Masa dapat berita tu..Sabtu pagi, kami berdebar seketika..kerana makcik & pakcik kesayangan berada di sana kerana mereka telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Kecoh seketika..sbb kami belum dapat berita daripada mereka.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 pagi hari sabtu tu jugak..makcik yg aku panggil makrah membalas mesej whatassp kami sekeluarga.Semasa kejadian tu dia berada di dalam bilik hotel.
Setakat blog ni ditulis, 4 jenazah jemaah haji dari Malaysia telah di kenalpasti.3 masih belum di temui.Mangsa yang cedera masih dirawat di hospital & ada juga yang telah dibenarkan pulang ke tempat kediaman masing2.
Ramai yang memberi respon tentang tragedi ini.Banyak komentar2 menulis... mangsa2 kejadian meninggal ditempat paling suci di dunia, pada hari Jumaat selepas asar.Mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat & tergolong bersama orang2 beriman.InsyaAllah...Mereka merupakan insan yg sangat istimewa kerana terpilih untuk bertemu Allah di tempat & waktu paling baik.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa kejadian.Tak kira samada yang telah meninggal dunia atau mangsa yang tercedera.Semoga yang tercedera cepat sembuh dan berpeluang melakukan wukuf di arafah pada 22 September nanti.


Sedikit gambar tentang kejadian terbabit.
Husnul khotimah InsyaAllah...




Makrah & Pakdin

Gambar pemandangan dr bilik makrah-sebelum kejadian
Selepas kejadian.


AL-FATIHAH.

Susu segar legend ada kat Butik Vendor di Segamat.


Assalamualaikum,

Wahai pembaca tersayang..nak bagitau ni..kini aku telah 'meluaskan' rangkaian perniagaan susu segar legend ni..kepada agen-agen di Segamat, Johor. Aku ada letakkan sejumlah kuantiti di dua buah butik vendor.

 

The Directors di LG Floor,One Segamat.


Oh my vendor,
Lorong Tan Say Tu, Jalan Buloh Kasap (batu 2)
Segamat, Johor.

Sudilah kiranya, kalian menjenguk dan bershopping mopping di kedai-kedai disebutkan tadi. Kalau dah shopping..jangan lupa beli susu segar legend!!!

Thursday, September 10, 2015

Banner untuk blog

Assalamualaikum,

Hai...bersawang dah blog ni...tapi korang tak nampakkan? Aku sorang je yang nampak..well, tu 'keistimewaan' aku..hikhikhik..

Saje nak bgtau..si jakun ni dah pandai menggodek buat 'banner' haahaa..senang jek rupanya..=P 
baru tahu..haahahaa... tolong la! jgn bgtau sesape hal ni..maluuu seyh..

Yang ni yang 1st... tengok cam serabut jek...ok, buang!

Aku decide simple & elegan gini.. sweet jek!
Sweet ke sweat??? haahaa
Aku memang tak suka serabut2.. atau ala2 comel sebab sedar diri tak comel =D
Ni baru percubaan..kalau aku jumpa yg lebih 'advance' aku kan TRY lagi..buat baru...
Untuk dapatkan banner ni..aku guna je yg free kat THECUTESTBLOGONTHEBLOCK bole pilih catogery/jenis apa korang nak.

Ada satu lagi web yg menyediakan 'khidmat' merekacipta (graphic design) logo/banner korang sendirik..yang ni 'gedevance' ckit arr..haahaa (ADVANCE la ko!) guna CANVA Canva ni bukan untuk blog semata. Korang boleh gak mengeluarkan idea/kreativiti korang untuk post2 korang di Instagram, FB, twitter atau pintrest dan macam2 lagi.

Try la... apa lagi??? heeeeeeeeeeheee

Kalau korang tahu lebih banyak lagi..jom tepek komen kat bawah & share ilmu korang. TQVM korang. Muahciked!!!

Tuesday, September 8, 2015

Susu segar legend Tangkak & Segamat

Assalamualaikum,

Susu segar legend kembali lagi!!!
Ehh.. macam iklan kat TV x???



Siapa yang terliur? sape yang tak? ok, fine...susu ni selalunya anak2 kita yang terliur lebih. Tapi ada gak mak apak yg membesar tahun 90an pernah jumpa & rasa susu sedap ni.Tak minum susu? Takde masalah...sebab susu ni tak rasa susu sangat kecuali yang putih (asli).

So, ada yg nak minum sendiri? Atau nak jadi agen? Agen..saya prefer area Segamat dan berhampiran sahaja.Minimum borong 50 botol.


Kalau nak beli runcit2...
FREE DELIVERY sekitar TANGKAK (min 5 botol) Jangan pulak mintak 2 botol pastu mtk hantar..alamak! kena caj upah hantar kalau gitu..hmmmmh

Sekitar bandar SEGAMAT pulak (min 10botol) itu pon hujung minggu, set time siap2 dgn saya melalui whatassp 0196800226.


Hari2 saya melayan order customer. Bagi peniaga2 butik vendor ke, kedai runcit yg ada freezer ke, gerai makan ke, kantin..di alu2 kan sangat untuk jadi agen kami. Setakat ni permintaan memang tinggi sebab susu ni sangat 'rare'.

Agen kami setakat ni baru 2.. iaitu di kedai "thedirectors'' One Segamat dan Butik Vendor, Felda Maokil. No fussy agen (bukan taknak layan, tapi saya dah terkena... tak yah la cite) Tapi harap kita pat bekerjasama secara profesional. Kita jaga bisnes masing-masing.

Ok, thank you ;)

Susu segar legend

Harga runcit, untuk harga pukal minima 50-100 botol please contact me.


‪

Wednesday, August 19, 2015

Sambal goreng bilis resepi mak boleh makan di mana2 bila2 sahaja =)

Sambal Goreng Bilis Pedas!!!

Nak bawak travel bole, untuk adik2 yg duk asrama bole 'bedal' dengan roti, untuk mereka yang 'poket kering' tgh bulan nak makan dengan lempeng, cicah dengan cucur pon sedappp..makan dengan nasi panas...lagi la wow!!!

Semestinya homemade..resepi mak saya, sambal digoreng garing sampai gelappp.hiihiiihiik..

Pasti puas hati.

 150gram
RM8.00 sahaja.
tak termasuk postage.
*coming soon packaging dalam plastik..lagi senang nak post out =)

Pm/whassp 0196800226


 


Jom sihat dan kuat dengan minum susu!

Assalamualaikum,

Pembaca2 blog ku sekalian [bajet femes?!]

kita straight to the point...siapa pernah minum susu segar berperisa macam kat atas ni??? Haa..jangan main2.. ramai yang panggil ni susu segar legend. Memang la legend sebab ni zaman 80 an ke 90an nye susu femes.

Biasanya terdapat dalam perisa Jagung, Strawberry, Coklat dan Asli. Tapi perisa baru pon ada sekarang..Oren, pisang dan anggur [takde dalam gambar].

Kalau korang yang jenis tak minum susu putih sebab loya ke hapeee...elokkkk sangat la amik susu segar ni sebab tak rasa susu..kalau minum strawberry rasa strawberry lar...kalau minum jagung rasa jagung sangat!

susu ni penting tau...bukan untuk sekarang je terutama kita ibu-ibu yang telah atau sudah mengandung..kandungan kalsium mesti semakin berkurang.

Antara kebaikan lain yang boleh diperolehi bila minum susu hari2 :
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun).

    So, kepada yang teringin nak rasa susu segar ni...saya ada jual...tapi CASH ON DELIVERY sahaja sekitar Tangkak & Segamat [pm/whassp sahaja 019-6800226] atau boleh dapatkan di pasar malam/pasar tani area tersebut. Sebotol RM 2.20 sahaja kalau borong 5 botol RM 10.00 sahaja.
sumber kalsium dalam bentuk caplet..tak suka nak minum susu??? [klik sini]

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...