Wednesday, March 7, 2012

Jenis2 breastpumps yg saya pernah guna..Meh tengok sini jap..


Assalamualaikum,

Hai..ape khaba sumer blogger hari ni? Hari ni byk plk idea nak menulis dalam blog comel ku ini.. aku tak pernah review tentang breastpumpsss yg pernah aku 'try' dan guna sebelum ni..aku suka wat testimoni...termasuk la, testimoni tentang set bersalin dulu..heehee..sebab tu aku suka mencuba sesuatu yg baru.. =)

Ok, 1st skali aku nak tunjuk breastpump yg menjadi milik aku sekarang iaitu...

Ni 'pumping station' saya kt tmpt keje...

Spectra 3 kesayangan ku [tahun 2010-2011]

UNIMOM MEZZO -manual breastpump

Kedua2 di atas adalah breastpump yg saya guna skrg [2010-2012]. Spectra 3 [sekarang dah ada spectra baru, lebih ringan & canggih] sangat bagus untuk ibu2 yg ingin hasil yg 'lumayan' & cepat..Sesuai digunakan untuk ibu2 bekerjaya kerana ianya elektronik breastpump, sambil wat keje, sambil ber'pumping' klu kena gayanya boleh 'handsfree' dan double pumping bagi menjimatkan masa. Ia boleh dilaraskan dari suction min hingga max..selalunya kalau breast tengah penuh..suction minimum pon dah ok..tp klu kita nak kosongkan breast..guna la suction yg maksimum..mmg "auch!" haahaa~ tp don't worry alah bisa tegar biasa..lama2 tak rasa sakit. 
Pastikan jgk anda membeli 1 set dgn backpack utk 'menggendung' b.p ni kemana2, 'cooler tote bag' utk bwk balik bekal susu bersekali dengan ice pack gel nya. Ok???

Saya juga amat berpuas hati dengan UNIMOM MEZZO walaupon pam manual ni x se'famous' medela harmony & avent...tp penggunaannya amat berpuas hati. Reka bentuk seakan2 avent manual..suctionnya lembut & x menyakitkan. BP manual ni saya wat 'back up' utk masa kecemasan ketika xde sambungan plug, jalan2 dok dlm keta ke dan mcm2 keadaan yg x disangka.
Faktor utama sekarang dalam membeli botol susu & breatpumps adalah BPA-free..
ianya of coz.
Ia agak mudah untuk dipasang & dibersihkan.Pemegangnya jugu memudahkan cengkaman kerana ia di perbuat drpd 'non-slip rubbers'.Ia juga direka bagi memastikan aliran susu terus dari 'breast shield' ke botol untuk kebersihan yang maksimum.'Comfort silicone massage' direka khas untuk mengurut payudara semasa mengepam yang menggalakkan aliran susu di samping memberi keselesaan maksimum. =) Ini yg best.....





Berikut adalah pictures Medela Harmony yang kawan saya dok bg try...hasilnya..YUMMY....! Jom review serba sedikit...
[masa ni 1st time try manual taw..excited sgt!]
BP manual daripada medela ini ada '2 phase expression' krn ia amat mudah apabila kita perlu mngepam laju & seterusnya pam secara perlahan, ia sgt mudah nk 'handle' pasal pemegang yg ergonomik sekali, ia perlahan-lahan mengurut payudara  dengan 'SoftFit Breast shield' dan paling penting.... Fewer parts than other manual breast pumps and senang nak cuci...!!! heehee.. 



COOL!





Pengalaman menggunakan Medela freestyle ...x dpt di lupakan..entah bila masa leh dpt guna lagi..coz harga di pasaran sekarang RM1,600.00. Hak ni, kwn saya bg pinjam 1 bulan... Ia 'rechargeable' mcm henpon kita. Bole jln pi mana2..pam kt mana2 anda suka..janji pandai cover, sangat ringan&kecil, mudah di bawa ke hulu dan ke hilir.
Review daripada penjual2 Freestyle..mcm ni...

Freestyle direka kerana...
• aksesori Hands-free memberi kebebasan untuk mengepam sambil bergerak.
• Bateri boleh dicaj semula membolehkan anda mngepam selama 3 jam.
• Kecil dan ringan, berat kurang daripada 450 gram dan dapat disesuaikan di telapak tangan anda
• Teknologi pintar ‘2 phase expression’ berkuasa mengepam yang terbukti untuk meniru corak hisapan semula jadi bayi dan mendapatkan lebih banyak susu dalam masa yang singkat..
• LCD skrin, paparan digital skrin menyediakan paparan digital yang juga boleh digunakan sebagai lampu malam bagi mereka yang mengepam sesi lewat malam.
• Butang Memori membolehkan ibu untuk menyamakan corak kegemaran mengepam untuk memudahkan dan kecekapan untuk sesi mengepam seterusnya.
• Beg comel memegang pam yang penting dan banyak lagi. Semua aksesori boleh ditanggalkan jadi anada boleh gunakan secara berasingan.
 Ok la, sampai sini dulu 'review' tentang breatpump yang pernah saya guna sebelum ni & sekarang..Thanks for reading...Enjoy pumping!! walau apa pon pam yg anda gunakan..back to basic breastfeeding rules ok....?!


XoXo,
Mummy nab&nad 
 

Tuesday, March 6, 2012

UpDaTe tentang anak2ku..

Assalamualaikum,

Dah lama x dok citer ttg kisah anak2 ku yang semakin membesar...bila tgk muka depa x caye..btol ke?aku yg mngandung&melahirkan..mcm x 'real' jek....ble igt2 semula..dugaan&kepayahan mengandungkan mereka..barulah, aku aku sedar..betol la!! aku yg lahirkan depa ber2..hikhikhik...

Mula dgn baby kecik ku dulu...

Raihana Nadeera lahir pada 26.09.2011 sekarang usianya 5 bulan 10 hari/ bersamaan 163 hari/ bersamaan dengan 23 weeks..heeheeh..mulanya rupanya begini..


Eh! ni gambar nadeera dlm peyot lg..
Gambar 1st day dia lahir ke dunia...

Update gambar pada blog ni ditulis...



Kebijaksaan nadeera sekarang :

1. Dah ketawa dgn kuat!
2. Meniarap since bulan lepas..laa ni dah angkat 'montot'..nak maju ke hadapan!
3. Dah pandai menggapai barang2 yg dekat dengan dia.. ADVANCE adik nih..
4. Pandai tengok org lalu lalang depan dia..Jgn la mummy dia lalu..memang kena 'panggil'...huuhuu
5. Macam nak makan pon yer gak..Sabo ye nak..lg beberapa hari adik genap 6 bulan, mummy bg adik   
    mamam puree..adik kna complete kn misi 'exclusive breastfeeding'.... ngeeeeeeeh

Tentang nabeela pulok...

Nabeela Raisya lahir pada 22 Jun 2010..kini telah berusia 1 tahun 8 bulan 14 hari/ 624 hari/ 89 minggu..heeheeh..

Gambar nabeela masa baby..dah banyak sangat2 dlm blog ni..tengok upe dia sekarang camno....





Gambar 2 hari lepas...dengan perut buncit+comot+tocang....anak sapo la ni??huuhuu

Kebijaksanaan nabeela :

1. Mula menuturkan pelbagai perkataan..terbaru.. "Kek,ambik,nak,susu,air,mam,mama,dada,ikan,embek"
    Extra careful kerana dia mudah ikut apa yg org tuturkan & buat..
2. Menggigit org no 1..adik pon jd mangsa!
3. Makan memilih...nak yg jenis mee ajer..
4. Minat pd buku tidak pd TV kecuali lagu2..biasa la budak2 mmg minat joget2 nih..
5. Suka diberi lebih perhatian drpd adiknya..hmmh...we all love kakak so much!
6. Pandai dengar arahan sekarang, dah faham ckp org..tu yg mummy suka..heeheeh! bole di harap 1 ari
    nanti..

Mummy harap anak2 mummy ni jd manusia yg berguna &dah besor nt baik2 ber2..xmo gado2 taw...

Heeheeh...happy always;-D

That's all....

Mummy Nabeela&Nadeera ;-)




~ Moist chocolate cake Home Made ~

Assalamualaikum,

Dah lama mummy x udpate blog kesayangan mummy ni..dah berhabuk rupanya......heeheeh

Nak citer2 asik x sempat aje..bzzz bebenor gamaknya mummy nih!!!

Sabtu lepas, jatuh pd 3 Mac 2012 merupakan 'Hari Keputeraan' Tengku Razman Tengku Rahmad..........huuhuu..yg ke-30 tahun (Yer2 je TENGKU..??? Tengkujuh ada la!) 

Memang xde 'kezutan' utk hubby..We all just spend time together.Tengok wayang,makan sushi,jalan2 kt MP&DP Melaka,hi tea@secret's recipe...mmg aku xde sediakan hadiah yg GAH utk dia tahun ni...mmg plan nk makan, makan and makan.huuhuu..Aku ke yg nak makan tuh??? 

Dan oleh kerana ter'amat' rajin & bersemangat nak suprise hubby lagi..mood celebrate besday x abih2...aku pon wat la kek coklat lembap atau dlm bahasa omputihnya.. Moist Chocolate Cake ;-)

Meh blaja cara2 membuat kek yg amat digemari ramai ni...


Bahan A
Setelah dicampuq dgn semua bahan...

Antara bahan2 yang diperlukan..
Sonang sgt2..budak sekola tadika pon leh wat..Hanya 10 jenis bahan diperlukan utk membuat kek ni..
Ni kek coklat versi mummy nabeela&nadeera ok..
*pastikan guna cawan yg sama utk memastikan kandungannya tepat..ok?!*

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat - jgn terlebih..nt spoil!
1 sudu teh baking powder - jdn terlebih..nt kek spoilttt!
(Bahan2 d atas ni gaul kering hingga rata)

Bahan B:

3 biji telur gred kecil..kalau besar guna 2 biji jer
1 cawan Majerin/minyak masak/buttercup lg sedap
1 cawan gula
1 sudu besar air masak
(Bahan2 kt atas ni mix kecuali telur..slps gula&majerin kembang..masukkan telur sebiji demi sebiji..jgn mix lama2 sampai terlalu kembang..10 saat mix pastu 10 saat benti wat sampai agak2 adunan tu sebati)
Bahan C :
1 sudu teh nescafe di bancuh dgn 1 cawan air suam
1 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan2 C ni campur dlm A, pastu masukkan jgk bahan B...gaulllll hingga sebati.

Amik loyang sapu dgn majerin,tabur tepung ckit..supaya kek mudah keluar atau 'longkah'.
Kukus dlm pengukus yg sudah dipanaskan.
Kukus slma 45 min atau sehingga kek masak setelah di uji.

Topping :

500gm Cooking coklat
250 ml whipping cream (Anchor) leh cari kt kedai yg jual bahan2 wat kek
1 sudu majerin
1 sudu susu pekat manis (bg yg suka manis2)

Panaskan bahan2 utk topping ni secara 'double boiled'..tunggu hga suam baru tuang atas kek.

Pastikan juga kek sejuk baru di terbalikkan di atas cake plate..klu tak nant kek patah dan tak cantik..heeheeh.

Mari tengok hasilnya....
Masa utk mngukus

Dah masak pon!

Double boil...utk wat topping...ni yg wat YUMMY!

Siap simple deco!


Heppy besday Daddy!

Kakak pon sukeee! Mummy lg sukee tengok kakak makan....

 Sekian, selamat mencuba ;-D
 Mummy nab&nad ;-) 

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...