Sunday, November 19, 2017

Tips cuba untuk hamil (TTC)

Assalamualaikum,

Ada pasangan yang baru kahwin belum sempat honeymoon.. Dah dikurniakan anak (orang tua kata..bunting pelamin)

Tapi ada setengah orang, rezekinya lambat... Dah 3 tahun, malah ada yang sampai 8 tahun.. 10 tahun masih belum di kurniakan anak lagi.

Isu ni sangat sensitif.. Sebab tak semua orang boleh terima. Tapi saya kongsikan secara umum saja ye. Harap2 tak menyinggung perasaan sesiapa. Kita sama-sama menggali imu. 😊
.

Hari ni, lyna nak kongsikan satu supplemen yang sangat bermanfaat untuk kaum wanita (lelaki pon boleh makan.. Untuk manfaat lain) iaitu GLA complex.
.
GLA (gamma linolenic acid) membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. 😉

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex?
Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.
==================================.

Founder of Prosper rich,
Lyna
Whatassp 0196800226
Your trusted SID since 2014
.
Jika anda ada sebarang pertanyaan jangan segan² contact lyna ye.Kami sedia membantu anda untuk menjadi lebih sihat, kaya & berjaya.

IG : @lyna.rzmn @shaklee.bylynarzmn

FB : Norazlina Sabran

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...