Tuesday, December 8, 2015

Bagaimana nak tahu demam anak kita serius atau tak?

Salam,

Alhamdulillah, setelah 3 hari demam Incik Razin telah pulih seperti sedia kala. Peliknya si bujang ni..badan panas..tapi masih ligat belari & bermain-main. Fuh! mumy masih boleh relaks lagi dalam keadaan dady takde kat rumah minggu ni..Mumy kena bangun malam & merawat anak bujang mumy sendirian [bantuan dari atok jugak..tolong pujuk 'abang' & pegang abang masa nak makan ubat..hiihii].*abang tu panggilan untuk razin..

Kalau nak dikira2...anak-anak mummy ni..jarang sekali demam.Paling kerap 3-6 bulan sekali demam..kira setahun 2-3 kali je.. Alhamdulillah, tu rezeki kesihatan anak-anak yang Allah kurniakan untuk mummy & daddy. Memang tengah musim demam la kot sebab cuaca tak menentu..tengok keadaan sekeliling pon ramai anak-anak kawan ni demam jugak.
Ok, sebelum kita ambik ringan pasal demam anak2 ni baik kita kenal pasti..kenapa terjadinya demam? Lepas tu, baru kita bole bertindak...

Mengapakah anak kita demam?

Anak-anak kita demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa terjadi..antaranya :
  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Bagaimana kita nak tahu anak-anak kita ni teruk ke tidak demamnya?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah celcius, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, yang itu anda perlu risau.

Hubungi doktor/ pakar pediatrik anda jika....
  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih, tidak menyusu & tidak aktif.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

[cara mengurangkan demam anak]
.

3 comments:

cik hani said...

budak kalau demam, cepat2 pintas makan ubat kan, takut melarat

Rizziela said...

Anak2 sy kalau x sihat..diaorang akan terbaring ajer.. tu mmg kena bawa jumpa doctor terus.. risau kalau nak biarkan kat rumah ajer

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Promosi Hujung Tahun Vivix Shaklee!!!

PROMOSI VIVIX SAMBUNG LAGI?? Serius ke? Ehh,kenapa pulak tak serius??? Mesti la serius.. SERIUS shaklee nak bagi kita sihat & cantik &...