Sunday, July 26, 2015

Aidilfitri 2015


Selamat hari raya Aidilfitri.

Maaf Zahir batin..kepada semua pembaca blog mummy nabeela..

Sesaje nak abadikan kenangan raya 2015..  supaya anak2 boleh tengok akan datang =)


Raya pertama kami di Felda Maokil, Labis (Rumah husben) pas solat hari raya kami bergerak ke Kampung Tenang, Labis (rumah nenek husben)












Raya kedua..kami balik ke Kampung Tahang Rimau, Segamat pula (kampung mak ku)

Gedik santai kat umah tok arah


Rumah abang long (sepupu mummy)


Dengan atok kat rumah mak ngah yati (sepupu mummy)






Main bunga api..Raya ke 3 kat rumah atok segamat, sekotak habis.






Excited..pengalaman pertama main bunga api.

Tu ajer, warna warni hari raya kami.... ekorang camne pulak? ! cuti seminggu straight uols..sampai raya ke 10 baru naik keje. Hukhukhuk... ni pon mood raya tak habis lagi *__*

ok, jumpa next entry... =)

Wednesday, July 15, 2015

Salam 28 Ramadhan



Beberapa hari lagi..eh! lagi sehari la... 17 Julai 2015 ni kita dah nak menyambut bulan Syawal. Ya Allah! mudah-mudahan amal ibadat kita pada bulan Ramadhan ni diterima dan aku berharap aku sekeluarga berpeluang berjumpa Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Aaminnnnnnnnnnnnnnnn.

Di kesempatan ini, aku mewakili kaum keluarga ku..sepanjang aku menulis blog ni..ber'facebook' dan ber'sosial' di internet..andai ada tersilap kata, terkasar bahasa... mohon ampun, maaf tulus dari hati.

Selamat menyambut bulan Syawal yang mulia. Semoga bergembira hendaknya... beraya dalam keadaan sederhana dikala keadaan ekonomi yang tidak stabil kini serta tidak membazir. Gembira itu bukan dari kemewahan tetapi dari hati yang ikhlas dan bersih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

9 Cara menghadapi tantrum anak!


Bismillah...

Salam 28 Ramadhan,

Nak cerita ckit pasal tantru... bukan ape..sejak HERO ku berumur 2 tahun [pada 24 jun lepas] amboiii haii... asik tantrum jek..kalau dia lambat dapat sesuatu atau kalau tak dapat. Mumy pon dah naik lali... tapi lali-lali pon dalam hati membara tapi diam kan aje..sabar2.. tak mo la hilang kawalan ke hapee..kang jadi kes dera mcm kes baru-baru ni. [na'uzubillah] Tu orang yang takde pedoman hidup, takde iman lagi agaknya.

Apa yang kita perlu buat??? Cari punca dan jalan penyelesaian arrr...
1. Sebagai ibu bapa,sebaiknya bersikap tenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum.
2. Menghiraukan anak anda sampai kemarahannya reda, berikan peringatan dengan tegas (tanpa marah) mengenai aturan yang telah dipersetujui bersama.
3. Hindari memukul anak anda, lebih baik anda memeluk anak sampai anak anda tenang. 4. Cari punca kemarahan anak anda sehingga anda dapat memberikan penjelasan yang sebenarnya.
5. Sebaiknya anda tidak menyerah kalah ketika anak anda marah, kerana anak akan melakukan tindakan yang sama ketika menginginkan sesuatu lagi.
6.Jika anak mengamuk, berikan dia pilihan samada mahu bersikap baik dan tidak dimarahi. Katakan yang jika dia berkelakuan baik anda akan menjanjikan sesuatu seperti membawanya berjalan-jalan atau sebagainya.
7. Alihkan perhatiannya dan fokus kepada pekara lain, pada hal hal yang lebih positif.
8. Jauhkan benda-benda yang berbahaya dari sekitar anak anda yang sedang marah. Jika pujukan tidak menjadi dan anak terus berguling di atas lantai atau menghentakkan kaki biarkan sahaja. Namun pastikan keadaan sekeliling selamat dari barang-barang merbahaya. Bila penat, dia akan berhenti.
9. Anda harus membiasakan komunikasi terbuka dengan anak dan juga berikanlah pujian apabila kemarahannya reda.

Kesimpulannya, walaupun mereka kecil, mereka boleh memahami ketika ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci atau kecewa. Selalu berkomunikasi dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.


Semoga Razin Nadhif jadi anak yang BEHAVE =)



[supplemen untuk anak-anak riang, sihat & cerdik..KLIK SINI!]

Thursday, July 9, 2015

Sambal Goreng Ikan Bilis


Salam 22 Ramadhan,
Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal pula.. bulan yang penuh barakah ini menguji kami erti sabar dan kegigihan [baru betul menahan nafsu dan mengajar erti kesabaran]. Selepas suami di berhentikan kerja.. aku dan mak (mak sendiri) memulakan bisnes kecil kecilan mengikut 'kepakaran' kami. Kami memulakan perniagaan Sambal Goreng Ikan Bilis resepi mak.
Alhamdulillah, walaupon kecil-kecilan..aku bersyukur atas kurniaan rezeki yang Allah berikan dan aku bersyukur dapat emak yang baik hati dan rajin membantu ku mencari rezeki tambahan. Husben aku pon keje jugak...selain jual SCALE MODEL.. dia buat juga kerja-kerja kebun di kampung.
Apa pun, susah macamana pon kita...kita kena ingat ada orang yang lebih susah daripada kita. Aku bersyukur sebab anak-anak masih dapat makan minum sedap, beli pakaian raya dan berjalan-jalan macam orang lain walaupon bajet2.

Dalam hidup ni bergantung lah kepada Allah sepenuhnya. Memintalah kepada-Nya dan usaha. InsyaAllah segala-galanya dipermudahkan.

Panjang pulak membebel [sekadar luahan hati]

Sesape yang teringin nak order sambal goreng ala kampung ni...bole whassp 0196800226. Buat masa sekarang, seminggu sebelum raya..tempahan ditutup dan hanya utk customer terdekat. Mungkin selepas raya..tempahan akan dibuka semula =)
Bole follow Instagram Lyna_Sabran dan Facebook : Norazlina Sabran untuk info lanjut.




150 gram RM8.00 [tidak termasuk postage]

Wednesday, July 1, 2015

Makanan memberi tenaga sepanjang berpuasa.


Ok, lapar ketika berpuasa tu biasa... Biasa la tu..beberapa jam perut kosong memang la lapar. Tapi yang penting masih bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian seperti bekerja dan jangan asyik nak tidur aje.

Arini, aku nak share sikit makanan yang menjana tenaga ketika berpuasa [kalau entry sebelum ni share pasal lauk pauk kampung heehee].

Pemenang no #1 dalam carta makanan paling tahan lama di dalam tubuh adalah Oat!!!

Oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Resepi Oat + ESP Shaklee

Amalkan mengambil oat bersama susu segar tambahkan ESP [untuk extra tenaga dan manfaat lain] serta kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur. Shake2 aje.. atau bole sediakan waktu malam..selain kurma bole ganti buah-buahan segar seperti anggur, strawberry, mangga, pisang dll yang korang suka. Masukkan dalam peti sejuk semalaman..esok pagi nak sahur..trus slrpppp jek. Senang kan? Tips ni sesuai untuk mereka yang tak gemar makan nasi pagi-pagi subuh tu.

-sumber : Overnight Oat-

Selamat bersahur.
- Ramadhan 14 -

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...