Tuesday, June 30, 2015

Lauk kampung yang membangkitkan nafsu!



 
 

Cuci mata!!! Bagi nafsu bangkit..haahaa..tambah dosa jek aku ni. Takde lah, niat aku share ni nak bagi uols INSPIRASI untuk memasak dikala berbuka puasa nanti.Baru kul 3.30 ptg..heehee..ada beberapa jam lagi untuk berbuka puasa...

Ni antara lauk-lauk fevret kalau balik kampung:

Sambal tumis petai.
Gulai ayam.
Kerabu mangga..memang fevret sangat!
Asam pedas Ikan kembung
Ikan masin bulu ayam
Sayur lemak pisang
Sambal belacan.

Tapi most fevret, kalau balik umah mak kat Segamat.. family kami mesti tak lupa cari Murtabak Singapore terbaik! Dan Ayam Golek Mastor yang femes! Bole gi tempat jualan mereka di Jalan Tahang Rimau Segamat..jalan menghala ke Yayasan kalau dari bandar Segamat bersebelahan Petronas.

Sory, entry ni bukan nak bagi resepi..next time kita sharing2 resepi..ok x? heehee..

-Salam 13 Ramadhan-
Mummy Nab menulis...

Tuesday, June 9, 2015

TIPS ibu bekerja dari rumah

Ini adalah salah satu idamanku.. bukan jadi surirumahtangga sepenuh masa.. tetapi jadi housewife cum bisneswoman . Seronok kan??? Tapi, sebelum menjadi work at home mom ni..kenalah tahu tips-tips yang patut atau tak patut di lakukan ketika bekerja dari rumah..supaya jadual waktu lebih tersusun, kerja terurus dan bisnes lebih lancar. Pada wanita yang dah mula bekerja dari rumah pon bole baca....



Menjadi ibu yang bekerja dari rumah ialah satu cara yang baik untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga dan pada masa yang sama masih boleh berada di sisi anak-anak. Apa yang anda perlukan untuk berjaya ialah perancangan awal dan pengurusan yang baik.

Adakah saya masih memerlukan khidmat penjagaan anak jika saya bekerja dari rumah?

Untuk memastikan anda dapat menyiapkan semua kerja dari rumah, anda pasti memerlukan khidmat penjagaan anak. Terdapat banyak pilihan khidmat penjagaan anak yang berlainan, oleh itu ambillah masa untuk melihat apa yang sesuai bagi anda. Pilihan khidmat penjagaan anak yang tepat dapat memberi anda kebebasan untuk menumpukan perhatian terhadap kerja kerana anda tahu bahawa anak anda dijaga dengan baik.

Sekiranya anda memilih kaedah penjagaan anak di rumah sendiri, contohnya dengan mengambil pembantu rumah atau pengasuh, kerja anda mungkin terganggu. Namun pada masa yang sama, anda mungkin lebih yakin kerana anak anda dan penjaganya sentiasa berada dekat dengan anda.

Namun begitu, bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan, anda mungkin boleh melakukannya tanpa bantuan khidmat penjagaan anak. Berilah anak anda mainan atau pasangkan DVD kegemarannya ketika anda membuat panggilan atau menghantar e-mel.

Bagaimana saya dapat menyiapkan kerja-kerja rumah dan bekerja pada masa yang sama?

Anda mungkin perlu meminimakan masa untuk menyiapkan kerja-kerja rumah dan masa makan. Cubalah tip-tip berikut:
  • Buat kerja-kerja rumah pada masa yang sama setiap hari dan dalam tempoh masa yang tetap. Contohnya, selama setengah jam pada waktu pagi, kemudian berhenti. Atau, buatlah satu atau dua tugas sahaja setiap hari. Jadual waktu harian dapat membantu dalam perkara ini. Jangan streskan diri anda dengan cuba untuk membuat segala-galanya pada masa yang sama.
  • Kemas rumah setiap hari. Tak kisahlah jika ia sedikit berhabuk, asalkan ia kelihatan kemas.
  • Mintalah suami, ibu atau anak yang lebih besar untuk menolong. Berikan tugas kepada semua orang. Mungkin anda juga boleh menawarkan imbuhan yang sesuai sebagai insentif.
  • Rancangkan menu masakan dan masaklah masakan yang mudah sahaja. Anda juga boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam peti sejuk.
  • Rancangkan masa untuk berbelanja di pasaraya supaya masa anda tidak terbuang dalam kesesakan lalu lintas atau barisan panjang di kaunter bayaran.

Bagaimana saya boleh menguruskan masa untuk bekerja dari rumah dan menjaga anak?

Menguruskan keluarga adalah satu pekerjaan sepenuh masa. Jadi, bagaimana anda boleh mencuri masa untuk membuat kerja? Cubalah tip-tip berikut:
  • Pilihlah masa yang sesuai untuk anda membuat kerja, dan uruskan hal penjagaan anak untuk disesuaikan dengan masa ini. Contohnya, jika minda anda paling cergas pada waktu pagi, dapatkan khidmat penjagaan anak pada waktu tersebut. Dengan cara ini, anda mempunyai satu tempoh masa yang tetap setiap hari untuk menyelesaikan tugas-tugas anda.
  • Pekerjaan dari rumah berpotensi untuk menjadi besar apabila anak anda semakin membesar dan mula bersekolah. Anda boleh mula secara beransur-ansur, dan meningkatkan masa bekerja pada masa hadapan.
  • Carilah sesuatu yang tidak begitu memberi tekanan apabila anda mula bekerja dari rumah, walaupun sebelum ini anda sudah biasa melakukan tugas-tugas yang sukar dan membuat anda stres. Kerja-kerja yang memberi tekanan dan mempunyai tarikh mati yang ketat boleh menyebabkan anda terlebih stres.
  • Jika anda merancang untuk bekerja dan pada yang sama menjaga bayi yang masih kecil, anda mungkin tidak dapat satu tempoh masa yang tetap untuk membuat kerja. Ini kerana, setiap bayi adalah berlainan, dan tidak ada jaminan bahawa bayi anda akan tidur selama tiga jam setiap pagi supaya anda dapat membuat kerja.
  • Jangan gunakan setiap minit yang terluang dengan bekerja. Penting bagi anda untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri.
  • Tidak dapat mencari masa untuk membuat perkara lain? Catitkan bagaimana anda menggunakan masa anda selama beberapa hari. Bolehkah anda mengurangkan masa menonton TV, melayari internet, menelefon kawan-kawan atau menghantar e-mel?
  • Sesekali, pergilah ke rumah ibu bapa atau rakan anda dengan membawa komputer riba bersama dan bekerjalah tanpa gangguan sepanjang hari. Waktu seperti ini dapat digunakan dengan produktif sekali.

Bagaimana saya boleh mendapatkan sokongan apabila bekerja dari rumah?

Bekerja dari rumah akan lebih mudah jika anda mendapat sokongan daripada orang yang penting dalam hidup anda seperti suami, keluarga dan rakan-rakan. Libatkanlah mereka dalam perancangan anda, bincangkan matlamat anda dan kongsilah kejayaan dengan mereka.

Buatlah perancangan yang mudah dengan matlamat yang realistik. Kemudian tunjukkan kepada mereka dan mintalah sokongan daripada mereka untuk membantu mencapai matlamat anda. Oleh itu, jika anda perlu menyiapkan kerja pada setiap pagi Sabtu, contohnya, mintalah suami atau saudara-mara untuk membawa anak anda keluar.

Fleksibelkan kerja anda, dan jika sesiapa menawarkan diri untuk membantu, carilah jalan untuk menunjukkan penghargaan anda. Kadang-kala, ucapan terima kasih sahaja pun sudah mencukupi.

Semak semula jadual kerja dan kaedah penjagaan anak dengan kerap untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Pastikan juga bahawa anak dan suami anda turut gembira. Dengan cara ini, anda dapat berbincang dengan mereka dan mengubah rutin anda sekiranya terdapat apa-apa masalah.

Bagaimana cara untuk mendapatkan ruang bekerja di rumah?

Sukar untuk anda bekerja dengan efektif tanpa ruang bekerja khas untuk anda. Ruang yang kecil pun sudah mencukupi.

Lihatlah di sekitar rumah anda untuk mencari ruang yang sesuai. Jika tiada bilik yang boleh dikhaskan untuk tujuan ini, fikirkan samada anda boleh membuat ruang bekerja di ruang tamu, bilik tidur, sudut kecil malah bilik setor atau bilik utiliti.

Idealnya, carilah ruang di mana kerja anda boleh ditinggalkan supaya anda tidak perlu menyimpannya setiap kali. Jika perlu, simpan barang-barang kerja di mana anak anda tidak dapat mencapainya, seperti di rak yang tinggi atau almari yang boleh dikunci.

Lengkapkan juga ruang bekerja anda dengan peralatan yang anda perlukan untuk bekerja:
  • kerusi yang selesa;
  • meja atau permukaan rata untuk anda membuat kerja;
  • lampu meja;
  • kotak atau fail-fail untuk menyusun kertas kerja;
  • rak atau laci plastic untuk menyimpan kerja anda;
  • komputer, jika perlu, dengan internet dan perisian anti virus yang terkini;
  • akses kepada telefon (talian khas mungkin berguna);
  • alatulis

Bagaimana saya boleh mengelakkan gangguan semasa bekerja dari rumah?

Beritahu rakan-rakan dan keluarga tentang waktu bekerja anda, dan minta supaya mereka tidak menghubungi anda pada waktu tersebut. Jika anda serius tentang kerja anda, orang lain pun akan buat perkara yang sama.

Anda juga mungkin perlu mendapatkan talian telefon khas untuk kerja anda. Sebagai alternatif, saring panggilan, dan guna peti simpanan suara atau mesin menjawab telefon. Jika rakan anda menelefon semasa anda sedang bekerja, janganlah berborak, sebaliknya beritahu dia bahawa anda akan menelefon semula selepas selesai bekerja.

Ingatlah bahawa bersendirian dan bekerja boleh jadi sukar. Oleh itu, cubalah keluar sekali-sekala untuk menghadiri majlis-majlis sosial atau kemasyarakatan berdekatan tempat anda.

Yang penting sekali, kuncinya ialah pengurusan yang baik dan bersikap fleksibel. Jika anda mendapat bantuan sebanyak mana yang boleh, anda pasti dapat bekerja dari rumah dengan baik dan seronok melakukannya. [sumber









Friday, June 5, 2015

20 amalan membuka pintu rezeki..

20 AMALAN MULIA YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI!!

AL – FATIHAH
Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah  membaca amalan ini,
anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:

Dan setelah selesai membacanya,

Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari )
Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (kakek & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami di sana,
payungilah kami dengan Rahmatmu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada-Mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

20 Amalan Mulia
Pasti
Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah –

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,
Namun juga akan menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:
- Memandang aurat manusia – Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard)
- Berburuk sangka – Memandang rendah keadaan orang lain – Merasa diri lebih baik dan utama – buang sampah sembarangan atau keluar dari kendaraan – dan perkara2 yang anda pikirkan sebagai sesuatu yang jelek

Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah -
Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)
Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti gerakkan mulut)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)
- mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.


Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga
menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan atau Penuhi  Keperluan orang lain -
Menunaikan atau memenuhi kebutuhan atau keinginan  orang,
menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

Amalan 8.
Banyak berselawat -
Ada hadist yang menganjurkan bershalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana shalawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
shalawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
shalawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.

Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya -
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “

Amalan 10.
Beraktiviti di pagi hari –

Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulai aktivitas harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.


Amalan 11.
Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. “
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu’ -
Seorang Arab badui menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk minta dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda:
“Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
niscaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)


Amalan 13.
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair,
ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
niscaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
niscaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud) -
Hadits menunjukkan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan oleh Allah .

 

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- adalah 28 minit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15 menit sebelum masuk waktu dzuhur
Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia sibuk dengan urusan dunia
Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah -
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
nescaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)


Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan bisa menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu;
misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa:
“Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu,
ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a’lam.


Amalan 18.
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
niscaya Dia akan kabulkan.
Nota:
- tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini )
- kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini dan berdoa di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )


Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki
dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Misalnya,
Agar tenang saat membaca Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan,
hendak sehat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan yang baik dan halal,
hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu,
hendak rezekinya  berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.


Amalan 20.
Bertawakkal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikaruniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
niscaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
niscaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua 20 amalan mulia yang telah disebutkan diatas,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa,
Allah akan memberi
“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.


Selamat Beribadah
dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mohonlah pada Allah,
supaya kita semua dapat berjumpa di galaksi SYURGA,
bersama-sama kita semuanya kekal di sana.

-Salam 16 ramadhan-

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...