Wednesday, September 12, 2012

Cian Nabeela batuk..... :(

Salam,

Mumy dah x terkira bpe kali bulan ni ke klinik....mula2 mumy sakit, bwk beela skali...batuk&selesema.. gi klinik swasta je kt Segamat caj Rm55 tuk 2 org pny treatment...selang 2-3 hari pastu...mumy demam pulak.. mumy gi klinik dekat Tangkak ni je..klinik faveret ktorg sekluarga...caj Rm28 dgn 4 jnis ubat..consider muraaa ;-)

3 hari slps..blk labis..mumy pi farmasi plk..sbb batuk x baik lg :-(  bli Mucinex & gula2 batuk..utk kakak skali ubt batuk&kahak..Mumy dah OK..tp beela x ok2 lg...Mlm td nabeela batok trok kul 3 pg..mumy&dady risau smp x bole tdo..rasa nk bwk gi klinik mlm tu jgk..tp tgk condition dia masih ok..x sesak nafas sume..bole tido cm biasa..then, pg td....

Bawak gi klinik lg...doc bgtau dia cam nk kna semput..mumy risoooo lar..sbb dia ada history 'bronchopneumonia'..harap2 x serius....Doc bg 4 jnis ubt..kuatkan paru2,ubt batuk,cairkan kahak&antibiotik..Hmmmh...kna abiskan ubat..nasib baik beela ni biasa mkn ubat..sbb dr kecik asik kna telan ubat. Mumy lahirkan anak mumy sihat..mumy do'akan anak mumy sihat spt sediakala.. Mumy mencari tips bagaimana nak ilangkan batuk utk kanak2...

Petua :Hilangkan Batuk (Bayi & Kanak-kanak)

1) Makan madu asli untuk hilangkan batuk.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
2) Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
3) Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
4) Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
5) Ini advice dr doktor...pakai baju panjang, seluar panjang, berstokin masa tido..biar panas..jgn sejuk..jgn minum air sejuk..ingat tu!!!

Balik nanti kita cuba buat yg mna senang nk wat =P

Mumy do'akan yg baik2 je utk anak2 mumy...Miss U all ;-)


~Mummy nab&deera~  






No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...