Friday, March 18, 2011

Nabeela akan dapat adik....=D

Salam,

Setelah beberapa bulan menyepikan diri...tetibe nak umumkan 1 berita tergempar!!! Gempaq x bape nak gempaq la....tp pada mulanya aku susah gak nak terima hakikat...tp bila pikir2 semula....dorongan,kata2 semangat serta nasihat dari kawan2...kenyataan ni aku terima sebagai REZEKI yang besar dari Allah S.W.T.

Nabeela kini berusia 8 bulan 3 minggu 3 hari...means 4 hari lg dia akan sambut ulangtahun kelahiran yg ke 9 bulan..Mummy heppy sesgt...sbb anak mumy dah besar!!!

But then, Nabeela will be 'kakak' kalau tak de aral lebih kurang pada pertengahan bulan Oktober 2011.Kalau ikut pengiraan aku nabeela berusia 1 tahun 3 bulan ketika itu.

Aku kini pregnant 2nd baby...(ketika entry ini di tulis...kandunganku berusia...9 minggu..
heehee )Alhamdulillah sejak disahkan mengandung...sehingga kini..aku xde alahan yg teruk...cuma macam biasa...tekak loya2...kurang selera makan...aku xde lagi muntah2...aku do'a sgt2 supaya Allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang mengandung anak ini.Kasihan Nabeela, kalau aku x sihat...dia nak bermanja dengan aku...dia baby yang manja...masih breastfeeding...walaupun aku mengandung..walaupun sekarang terpaksa campur FM...atas sebab badan ni letih dan x mampu menanggung kedua2nya (Breastfeeding &Pregnant) terpaksa aku korbankan hasrat nak BF Nabeela until 2 years.Aku harap Nabeela leh 'tandem nursing' selepas aku melahirkan bayi ke2 ni...dan adiknya dapat eksklusif breastfeeding.....amiiiin =D

Sedikit tips yang aku dapat dari rakan 'alam maya'...seronok berFB ni...dpt kenal ramai mommies2 luar sana...berkongsi idea,pendapat&pengalaman mengandung,melahirkan dan membesarkan si manja....walau jauh dimata...tp tetap dpt berborak!!!

:: Begini la rupenya...kandungan berusia  9 minggu ::


‎5 cara kurangkan loya tips dari doktor pakar Obstetrics & Gynecology Dr. Norintan Zainal Shah :
*sediakan stok biskut kering disebelah katil sebelum tidur..sebaik terjaga boleh kunyah biskut tu untuk elak kandungan asid dlm perut naik dan menyebabkan rasa mual.
*sepanjang hari makan dalam
amaun yang sedikit tp kerap..mkn stiap 2-3 jam..mesti makan biarpun ibu x lapar sbb ia akan membantu mengawal asid dlm perut..boleh makan bijirin bersama susu..
*sebelum tidur ambil snek seperti yogurt atau susu..selepas 30 minit boleh baring dan tidur.
*minum air yg banyak iaitu 8 gelas sehari..jus buah2han atau teh herba setiap hari.
*elakkan makanan yg ada byk lemak dan bahan berempah..makanan mengandungi halia adalah terbaik utk megatasi masalah ini..memandangkan halia adalah ubat mujarab untuk membuang angin dalam badan...
Aku ada terbaca tips bagi menghilangkan loya tat kala mengandung...dengan meminum air halia...huuuurmmmm =P
Cara penyediaan minuman halia :
Bahan2 :
20 hirisan halia muda
2 helai daun pandan
Gula melaka/Gula kabung secukup rasa
Cara2 :
Rebus semua bahan di atas.Tapis & minum air tersebut setelah suam.
Semoga dengan sedikit tips2 kat atas ni...kita akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan nikmat&rezeki yg Allah berikan kepada kita....Amiiiin.

Jumpa lagi ye blogger....

Thanks for reading ;-)

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...