Assalamualaikum,
Saya terjumpa artikel ni dan rasa ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama bukan simpan untuk diri sendiri dam saya berharap supaya ramai ibu bapa yang dapat mengikut 'guidelines' tersebut dan menjadikan anak-anak kita antara yang cemerlang di mata kita (ibu bapa, keluarga) & masyarakat.
Kaedah Mendidik Anak Cemerlang dari Dr. Fadzilah Kamsah
Kaedah
dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula
khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah
makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama
lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya,
21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu
kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka
memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak
yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak
bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur
tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka
dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan
kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa
hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka
terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan
dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh
Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan
sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka
boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan
maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu
diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka
benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah
bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya
kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya.
Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung
melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan
menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut,
mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh
menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan
bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Kaedah
ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab.
Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai
diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini
hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan
dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan
sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan.
Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan
anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu
bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang
ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak
kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa
yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak
sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang
bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang
cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang
tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman
yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh
dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar,
dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna
ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan
mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu
juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa
pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang
pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah
nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak,
tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini
sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini
kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap
masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba
tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau
dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan.
Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati
mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan
disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak
yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain
dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas
yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain
dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu
tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa.
Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering
berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak
yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah
ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang
tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan
boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu
bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya
seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki
manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan
dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah
jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering
dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri,
menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan
sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga
perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun
belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh
ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian
waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada
anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun
jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
.
.
.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail.
Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat membentuk anak-anak yang cemerlang di dunia & akhirat. InshaAllah!
Terima kasih kerana membaca blog mummy nabeela 😊