Tuesday, February 13, 2018

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum,

Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke wanita.

Promosinya ialah Collagen & Vitamin c, tapi hari ni nak review mengenai Sustained Release Vitamin C Shaklee.




Apa maksud 'Sustained release vitamin C?
Ia adalah Sumber Vitamin C Semulajadi yang disalurkan jam demi jam dalam badan kita.

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita-C Plus Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Selain itu , Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin.

Si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
.
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.


.
.
 
.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Sustained release vitamin C daripada lyna, bole hubungi melalui nombor dibawah ok atau pm sahaja di facebook. :)
.
Your trusted SID lyna, 
Whatassp 0196800226
Fb : Norazlina Sabran
Instagram : Prosper Rich

Wednesday, February 7, 2018

4 APLIKASI ANDROID ISLAMIK YANG WAJIB ADA DALAM SMARTPHONE UNTUK SELALU ISTIQOMAH


Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni nak share sikit..bagaimana nak konsisten melakukan amalam rohani..walau sesibuk mana dunia kita sekarang.
.
Zaman sekarang, kita banyak leka & buang masa dengan 'gadget'..walaupun tahu masa berlalu begitu pantas! Apa kata kita gunakan 'gadget' yang kita ada seperti SMARTPHONE untuk manfaat dunia akhirat.
.
Kat sini lyna just nak share..tak de niat nak menunjuk-nunjuk..kita ni manusia biasa..tak sempurna..ada masa, tak lengkap juga amalan kita.Niat lyna, nak kita semua dapat pahala bersama-sama.
.
Ok, gambar kat atas tu menunjukkan application yang lyna download melalui 'google apps store' (untuk pengguna android)..antaranya..

1. Muslim Tasbih.

Tasbih ni mudah..macam tasbih digital yang dijual dikedai tu, tapi tak perlula kita selit di jari sebab korang boleh berzikir tanpa orang tahu korang tengah berzikir..mesti orang ingat korang tengah scroll FB.Lyna pernah download macam-macam tasbig..tapi yang ni ringkas dan best!

2. Al Mathurat

Memudahkan kita baca & ikut audio bacaannya, kalau tak sempat lepas subuh nak duduk & baca..sebab terkejar-kejar, bole ON saja audio masa drive pegi keje. Kalau ada masa nak duduk pagi-petang, pon bole baca.

Aplikasi ni susah nak cari yang terjemahan bahasa melayu..yang lain semua bahasa Indonesia.Sebenarnya, takde masalah pon selagi kita faham. Tapi lyna selesa yang bahasa melayu. :)

Dari perkongsian ustazshauqi.com
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat akan merasakan perbezaan dari hari-hari yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat. Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW) Firman Allah SWT di dalam Surah Qaaf ayat 39 , Bermaksud : ‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya"

Antara Kelebihan Membaca Al-Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan ~ Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.
2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku”.
3. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya “.
4. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
5. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
6. Selamat dari segala sesuatu.
7. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
8. Allah berhak untuk meredhainya
9. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
10. Terhindar daripada syirik.
11. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
12. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
13. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
14. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
15. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
16. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.
.

3. Waktu Solat

Waktu solat ni penting, untuk 'jaga' waktu solat kita mengikut tempat kita..kalau kita travel..nanti dia update kedudukan kita.Lengkap dengan kompas, cara-cara solat sunat termasuk dhuha,tahajud, hajat, taubat,jamak & solat jenazah pon ada.

Satu lagi, kita bole tahu lokasi masjid terdekat dengan kita.



last but not least...
.

4.Terjemahan Al-Quran
.
Ini pon salah satu aplikasi yang penting...nak baca tafsir atau baca Al Quran di mana-mana sahaja. Audio pon ada bagi yang tak lancar membaca Al Quran tapi kena download setiap surah yang kita nak baca.Bila- bila, dimana-mana..tapi jangan baca dalam toilet pulak kan.
.
Lagi satu, korang boleh bookmark ayat last yang korang baca.Jadi, nanti nak sambung..senang...
.
Ok la, setakat sini je..harap yang membaca ni dapat manfaat la yer.Semoga semua istiqomah dengan amalan-amalan rohani.Bagaimana sibuk pon kita sekarang ni, jangan sekadar kejar dunia...kerana dunia tak kekal..Akhirat juga yang kekal abadi.
.
Bawa handphone ke mana-mana, pastikan ianya tidak melalaikan kita :)

Wallahu'alam.


Jom hubungi lyna untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee,
whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn

Sunday, February 4, 2018

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni nak bercerita mengenai keistimewaan Collagen powder Shaklee pulak.

Terdapat banyak jenis Collagen di pasaran dan ada pelbagai jenis dan sumber kolagen. 

Antaranya yang boleh dikongsikan ialah:

  • Bovine (lembu) – diternak secara tertutup seperti di Australia, New Zealand
  • Babi (procine origin)
  • Haiwan laut – ikan dan gamat
  • Tumbuhan – seperti kacang soya
  • Yak – produk dari China
  • Manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan juga ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Apa yang membezakan Collagen Powder Shaklee dengan kolagen lain..sehingga ramai customer berpuas hati dengan hasilnya dan repeat order berkali-kali.

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee :

  • Kolagen untuk kulit lebih muda, tegang
  • Kolagen yang hebat dan berkualiti tinggi daripada ekstrak sisik ikan merah yang paling tulen. Ia mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen.
  • Saiz molekul yang lebih kecil berbanding kolagen lain kira-kira 1,000 Dalton*. Jadi penyerapan lebih optimum dan mudah diserap oleh badan. Ia juga membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Paling best ia sangat mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Ia dipek di dalam satu uncang bagi memudahkan kita dan boleh dibawa ke mana saja pada bila2 masa.
Dan yang paling best, ada tambahan 7 lagi bahan utama dalam collagen powder bagi meningkatkan lagi keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luar dan dalam.

1 - Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
2 - Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi ekstrak asid oliek dan isoflavon, membekalkan nutrisi dan penghidratan
3 - Ekstrak kulit kerang laut - kandungan Glukosamina berfungsi sebagai pelincir sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
4 - Ekstrak Pfaffia - meningkatkan prestasi tenaga, dan diguna secara tradisional untuk merawat keguguran rambut, hormon tak seimbang dan peningkatan tenaga batin
5 - Vitamin C - merangsang pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang akan merosakkan kulit
6 - Vitamin B2, B6 - bergabung dengan lemak, karbohidrat dan metabolisme protien untuk membekalkan tenaga yang penting di dalam proses pengeluaran kolagen di dalam sel-sel tubuh.
7 - Kolagen ikan - membekalkan elastin untuk mengekalkan kulit yang lebih anjal



Kebaikan Collagen Powder Shaklee :

  • Anti-Penuaan – mengurangkan kedutan, mengurangkan liang roma
  • Melembap – melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
  • Mencerah – mengurangkan pigmentasi jeragat
  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatkan pergerakan
  • Menyubur
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Satu lagi yang menarik tengtang Shaklee Collagen Powder, ada kajian klinikal sekali. Berdasarkan kajian klinikal, 71% orang merasa tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu berterusan (maksudnya dalam 3-4 kotak).
  • Melembabkan kulit sehingga 90%
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • Meningkatkan penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • Melembutkian dan melicinkan kulit sehingga 69%
  • Mengekalkan mekap anda sehingga 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
  • Menebalkan rambut sehingga 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


ANTARA KESAN PENGGUNAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE





Jika anda berminat dengan collagen powder Shaklee ni..boleh order hari ni cepat-cepat sebelum kehabisan stok, sebab Collagen Powder bulan ni (Februari 2018) ada promosi!!!
Pembelian 4 kotak Collagen bersama Vitamin C (dua-dua pon memang untuk kecantikan & kesihatan) anda layak dapat diskaun 10%. Ada testimoni membuktikan kesan positif terhadap kulit selepas pengambilan 4 kotak CPS ini.
.
Psst!!!
Kalau nak diskaun lebih lagi sehingga 25% jom join lyna dalam team Prosper Rich. Bukan saja berpeluang menikmati penjimatan setiap kali beli supplemen..tapi korang juga berpeluang menjana income 4 angka atau lebih dengan bisnes Shaklee. Tak percaya? Jom hubungi lyna dulu..
.
.
Jom hubungi lyna melalui whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn

Saturday, February 3, 2018

Tips memilih collagen yang baik & berkesan

Assalmualaikum,

hari ni entri kita mengenai kolagen. Orang selalu sebut-sebut pasal kolagen dan kecantikan. Apakah kaitan kolagen dan kecantikan ?
.
Sebenarnya, kolagen sangat penting kepada kesihatan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh.
.
Kolagen memerangkap kelembapan dan keanjalan kulit. Kolagen menjadikan kulit lebih kuat dan anjal. Kolagen akan berkurang bila usia makin bertambah seperti kulit berkedut. Sebab itu ramai yang mencari sumber kolagen tambahan untuk menangani penuaan kulit.
.
Kolagen juga penting dalam bidang perubatan, kolagen membantu melancarkan pergerakan sendi, merawat kes-kes melecur yang serius dan sebagainya.
.

Kolagen merawat luka pada kulit . Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku an membentuk selapisan bagi melindungi luka. Tahukah anda.. Penghasilan kolagen berkurangan dgn kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25tahun. Tapi kebanyakan kita hanya akan sedar akan kekurangan kolagen selepas 10tahun kemudian. Jadi makin bertambah usia kita, makin kurang kolagen dalam badan.
.
Kesan kolagen pada seseorang :

  • Pelihara kelembapan kulit
  • Pelihara keanjalan & ketegangan kulit
  • Kuatkan otot dan tulang
  • Peliharan kelenturan sendi
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Mengurangkan keradangan
  • Memberi tenaga
  • Tidur lebih lena
  • Membantu proses detoks hati untuk membuang toksin
  • Memulih penyakit saraf (mmebina semula lapisan protin pada saraf)
  • Tanda-tanda badan kekurangan kolagen
  • garisan kesan ketawa
  • lingkaran hitam bawah mata, eye bag
  • penglihatan kabur
  • gusi tak sihat
  • kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
  • rambut kering dan bercabang
  • liang roma lebih besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • payudara dan punggung kendur.



Untuk pengetahuan anda, di pasaran terdapat pelbagai jenis dan sumber kolagen. Antaranya yang boleh dikongsikan ialah:

Bovine (lembu) – diternak secara tertutup seperti di Australia, New Zealand
Babi (procine origin)
Haiwan laut – ikan dan gamat
Tumbuhan – seperti kacang soya
Yak – produk dari China
Manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan juga ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Maka, jangan lupa semak kandungan collagen yang anda ambil setiap hari!
.
TIPS memilih KOLAGEN yang baik :

1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan.

2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah . Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.

4. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.

5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

6. Kolagen juga penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi. (bonus point).

7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin.

Jadi, pastikan anda memilih sumber kolagen yang terbaik dan semestinya halal. Saya tentunya memilih SHAKLEE COLLAGEN POWDER yang terbukti selamat dan HALAL !



Antara testimoni dari pengguna Collagen Powder Shaklee :







Jika anda berminat dengan collagen powder Shaklee ni..boleh order hari ni cepat-cepat sebelum kehabisan stok, sebab Collagen Powder bulan ni ada promosi!!!

Pembelian 4 kotak Collagen bersama Vitamin C (dua-dua pon memang untuk kecantikan & kesihatan) anda layak dapat diskaun 10%. Ada testimoni membuktikan kesan positif terhadap kulit selepas pengambilan 4 kotak CPS ini.
.
Psst!!!

Kalau nak diskaun lebih lagi sehingga 25% jom join lyna dalam team Prosper Rich. Bukan saja berpeluang menikmati penjimatan setiap kali beli supplemen..tapi korang juga berpeluang menjana income 4 angka atau lebih dengan bisnes Shaklee. Tak percaya? Jom hubungi lyna dulu..
.
.
Jom hubungi lyna melalui whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn


Thursday, February 1, 2018

Promosi Shaklee Februari 2018

PROMOSI!
PROMOSI!
PROMOSI!

wahhhhhhhhhh..bulan ni...sempena pelancaran Set Skincare Youth Shaklee..Shaklee nak bagi semua orang cantik (yang mengamalkan Shaklee aje la..)

Tahu tak promosi Februari 2018 ni???

Jom scroll bawah sikit....
.
.
.

Hah, best ke best??? Collagen Powder Shaklee (CPS) jarang-jarang nak promosi tau.Memang selalunya licinnn. Tapi promosi nya datang sekali dengan Vitamin C Shaklee. Kombinasi kedua-dua supplemen ni akan buatkan korang yang nak cantik dan lawa pada hari raya akan datang...CUN! MELETOP!!!

OK, kat sini lyna terangkan promosinya yer..

Dengan pembelian 4 kotak Collagen Powder Shaklee bersama sebotol Sustained Release Vitamin C, anda akan berpeluang mendapat diskaun sebanyak 10%. Hurmmmm, pada lyna banyak  dah tuh....
Siapa penggemar Collagen? Nanti lyna share kebaikan-kebaikan Collagen powder Shaklee ni...berbanding collagen-collagen yang dijual diluar sana.
Ok, next post.


Jom hubungi lyna melalui whatassp 6019-6800226
FB : Norazlina Sabran
FB page : ProsperRich by lyna
Insta : @shaklee.bylynarzmn





Lawatan kilang Mamee, Melaka & Mamee Jonker House {Cuti Sekolah Part 1}

Assalamualaikum,

Post throwback...

Minggu pertama cuti persekolahan 2017..kami sekeluarga berseronok ikut trip rombongan Taska Permata ILP ke mana taw?

Ke melaka je pon. Haahaa..Ni kira cerita throwback la ni. Tak nak memori tu luput macam tu aje.

Kami berkumpul di sekolah Razin lebih kurang pukul 7 pagi menaiki bas. Pukul 9 kami dah sampai Ayer Keroh. Sementara tunggu Kilang Mamee Ayer Keroh buka.. Kami sarapan dulu di Taman Tasik Ayer Keroh.

Dalam pukul 10 pagi kami bergerak ke Kilang Mamee Ayer Keroh.




  

 

Pukul 10.30 pagi.. Kami masuk ke kilang Mamee. Dalam lebih kurang sejam kami diberi penerangan dan ditunjukkan cara-cara pembuatan Mamee di dalam kilang, kemudian ada sesi fotografi di luar kilang dan kami diberikan souvenir. Jom tengok gambar la...

Di ruang legar depan pintu masuk Kilang Mamee.

 


Penerangan dari staff Kilang Mamee tentang sejarah penubuhan syarikat.


Dengan mak (atok razin laa)

Kemudian, lepas selesai di kilang kami bergerak ke Mamee Jonker House pula... di Jonker Walk, Melaka.

Banyak aktiviti korang boleh buat dalam Jonker House ni..korang berpeluang mereka sendiri Mamee Cup, boleh makan-minum di kafe.. bole beli cenderahati...Jom tengok gambar lagi.... cantik kat dalam Mamee Jonker House ni..warna warni..lighting meriah!

maklumat lanjut klik sini : MAMEE JONKER HOUSE

 



Mameeeeeeeeeee!






 


Panjang lagi ceritanya....lepas ke Jonker house kami ke destinasi seterusnya...Memang ALL OUT ENERGY hari tu.

Cikgu & Ibu bapa semua sporting walaupon masing-masing bawak anak2 kecil.

Nanti kita sambung lagi ye...ke destinasi seterusnya..banyakkkk lagi cerita best!







Wednesday, January 31, 2018

Apa yang menarik tentang Gerhana Bulan Penuh?

31 Januari 201 - hari ni kita baca sesuatu yang menarik dan luar biasa dari kebiasaan kita baca di blog lyna ni okay? Iaitu mengenai fenomena Gerhana bulan penuh atau "Supermoon".


.

Penduduk di Malaysia akan dapat melihat kombinasi tiga fenomena bulan berlaku serentak iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan’, hari ini.
Peluang menyaksikan fenomena itu tidak perlu dilepaskan kerana kekerapannya adalah sekali bagi setiap 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi.

Penolong Penyelidik Observatori Negara Langkawi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Kamarzaman Ahmad berkata, hanya 50 peratus penduduk dunia dapat melihat gerhana bulan kerana penduduk di separuh lagi hemisfera bumi berada dalam waktu siang dan tidak dapat melihat gerhana bulan penuh berwarna merah.
“Gerhana bulan penuh akan berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Utara iaitu apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

“Fenomena Gerhana Bulan yang akan berlaku esok (hari ini) bermula jam 7.48 malam hingga 11.11 malam. Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur kecuali Sabah dan Sarawak manakala gerhana bermula selepas bulan terbit,” katanya.
Kamarzaman berkata, fasa gerhana penuh maksimum jam 8.51 malam dan keseluruhan gerhana itu berakhir jam 10.07 malam.

“Ketika hampir berlakunya gerhana, bulan juga sebenarnya baru saja melepasi kedudukan
perigee iaitu pada hari ini (semalam) dengan jarak 358,993 kilometer (km) dari bumi, sekali gus menjadikan gerhana kali ini sebagai
supermoon.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000km dari bumi, agak jarang menyaksikan dua kejadian bulan super pada bulan yang sama, begitu juga gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan supermoon, ketika bulan penuh mengorbit lebih dekat dengan bumi berbanding biasa, justeru muncul lebih besar dan terang berbanding bulan biasa, malah lebih luar biasa fenomena gerhana bulan penuh berlaku ketika bulan biru,” katanya.

Menurutnya, supermoon berikutnya yang berlaku hari ini disebabkan terjadi bulan penuh kedua dalam kalendar sama dan dikenali sebagai ‘bulan biru.’
“Nama gelaran itu tiada kaitan dengan warna, sebaliknya merujuk kepada jarak panjang kemunculannya. Secara purata, bulan biru berlaku sekali setiap dua setengah tahun.
“ Supermoon terjadi apabila bulan berada di orbit paling hampir dengan bumi iaitu perigee dan menjadikan saiznya bertambah 14 peratus dan sangat terang,” katanya.



Menurutnya, apa yang menjadikan rupa bulan lebih menarik untuk dilihat adalah gerhana bulan iaitu ketika bulan berada dalam jajaran sinaran cahaya matahari di belakang bayang-bayang bumi atau umbra.

“Kedudukan bulan di belakang bumi menyebabkan ia tidak menerima cahaya matahari secara terus bagi memantulkan cahaya warna putih seperti biasa, namun ketika gerhana penuh, bulan akan memantulkan cahaya biasan matahari terbit dan terbenam yang berwarna merah,” katanya.
Berdasarkan pakar astronomi Space.com, kali terakhir gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan bulan biru adalah pada 1982 di hemisfera timur dan 1866 di hemisfera barat.

Maknanya, fenomena ini akan berlaku lebih kurang 260+ tahun sekali.SubhanAllah.

Apa pun, ini salah satu keajaiban dari kuasa Allah SWT.. jangan lupa Solat Sunat Gerhana. 

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...