Assalamualaikum,
Saya terjumpa artikel ni dan rasa ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama bukan simpan untuk diri sendiri dam saya berharap supaya ramai ibu bapa yang dapat mengikut 'guidelines' tersebut dan menjadikan anak-anak kita antara yang cemerlang di mata kita (ibu bapa, keluarga) & masyarakat. 
Kaedah Mendidik Anak Cemerlang dari Dr. Fadzilah Kamsah
Kaedah
 dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada  formula 
khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak  adalah 
makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu  sama 
lain.
 
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 
21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang,  ilmu mendidik anak adalah satu ilmu 
kemahiran yang perlu dimiliki oleh  ibu bapa sebagaimana perlunya mereka
 memiliki ilmu kemahiran rumah  tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:
Anak
  yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak 
 bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana  
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: 
Anak berumur 
tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita  mendidik mereka 
dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: 
 Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik  
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka  
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: 
 Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan  
kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa  
hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka  
terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan
 dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang  disarankan oleh 
Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan  dipesankan 
sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka,  apakah mereka 
boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika  tidak berkesan 
maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu  dan bosan. 
Menurut pandangan pakar pendidikan  kanak-kanak, anak yang pintar perlu 
diberi nasihat dan pesanan 200 kali  tanpa bosan supaya mereka 
benar-benar memahami pesanan itu dan dapat  bertindak dengan baik. 
Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak  :
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah
 bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa  terutamanya 
kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan  sebagainya. 
Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak  langsung 
melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan  maklumat dan 
menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita  tersebut, 
mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak  boleh 
menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih  berkesan
 bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Kaedah
 ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab.  
Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang 
 cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai 
 diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini
  hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan 
 dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan  
sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. 
Seandainya ibu  bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan 
anak, jangan  teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu 
bapa hendaklah  memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang 
ditanya oleh anak  daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak
 kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi.  Ramai ibu bapa 
yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat  ini tidak 
sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak  yang 
bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang  
cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang  
tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman
 yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang  negatif boleh 
dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan  gambar, 
dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana  pengalamna 
ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita  sampaikan dan 
mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman  anak-anak itu 
juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada  denagn peristiwa 
pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan  kejayaan yang 
pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah
 nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, 
tanggungjawab, kesihatan,  suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini 
sangat penting dan ia berbeza  dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini 
kerana nasihat dan teguran tidak  boleh dibuat setiap hari atau setiap 
masa kerana anak-anak akan mudah  merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba
 tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan  bergurau-gurau 
dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk  kita bergurau 
dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun  bersukan. 
Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan  hati 
mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan
 disayangi,  mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak 
yang baik.  Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain 
dan bergurau  berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas 
yang lebih  penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain 
dengan anak perempuan  yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu 
tidak manis bermain dengan  anak lelaki yang telah meningkat dewasa. 
Perlakuan tidak manis ini jika  tidak diikat oleh iman yang kuat, sering
 berlarutan sehingga boleh  menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak
 yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.  Kaedah 
ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang  cemerlang 
tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah  latihan 
boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu
 bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan  jantinanya
 seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak  lelaki 
manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih  ringan 
dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak  salah 
jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering  
dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri,  
menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan  
sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga 
perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang  berusia di bawah enam tahun 
belum boleh diberi tanggungjawab yang  serius. Tahap tanggungjawab boleh
 ditingkatkan apabila usia mereka  meningkat dan mengikut kesesuaian 
waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada 
anak setelah mereka  berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun 
jangan berlebihan kerana  bimbang anak itu akan bersifat takbur.
.
.
.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail.
Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat membentuk anak-anak yang cemerlang di dunia & akhirat. InshaAllah! 
Terima kasih kerana membaca blog mummy nabeela 😊