Skip to main content

Bawa anak anak mandi manda di Bayou Lagoon Resort, Melaka

Assalamualaikum semua,

22 Januari 2016 yang lepas mummy & daddy sempat membawa anak-anak bercuti 2 hari 1 malam ke Bayou Lagoon Resort Melaka (kira-kira sejam perjalanan dari rumah) tak jauh kan..sekadar nak mandi kolam jek sebab mummy beli 1 buku kupon Bayou Lagoon yang ada tiket buy 1 free 1. So dewasa beli 1 tiket harga RM22 dapat masuk 2 orang, kanak2 beli 1 tiket RM16 dapat dua tiket. Tapi, sebab kami guest hotel (dewasa sahaja) pat la mummy daddy pas masuk water park sampai check out..hiihii..Alhamdulillah!

Sebenarnya kami bukan la orang kaya nak bercuti selalu, last year school holiday kami tak bawak dorang jalan mana-mana, so ada rezeki lebih awal tahun ni..kami REWARD anak-anak kami yang baik2 belaka ni...nak 'happy'kan dorang disamping ajar asas berenang (daddy la ajar..mummy pon belajar jugak...haahaa).




Pas check in...tunggu solat asar dulu sebelum 'kecebhur....' dalam air.



anak-anak sume dah tak sabaq...







standard la...berterabur tuu..yang penting kita 'isi minyak' dulu..heehee =D




kids pool






water park -daddy yanh lebih happy daripada anak2..huuhuu..



swimming pool untuk dewasa pon ado..best gak... ;)




sejuk yer?!



pemandangan dari level 11...subhanaAllah...cantiknya fajr :)




Day 2 : gusti pelampung sebellum turun sarapan dan kecebur dalam air... 



Bilik ada bar dengan 2 kerusi , sofa lengkap set tv..cantik & selesa (brsepah.sorry ek ;)



Day 1 : razin mandi kejap jek...sejuk menggigil2




Day 2 : razin jadi pemerhati haahaa... "pool boy"




Pemandangan kolam waktu pagi..water park lum buka masa ni...



Semoga kita jumpa lagi... cantik sungguh pemandangan pagi ni..hiks!

Antara info lain yang korang perlu tahu...

Breakfast kanak-kanak tak termasuk dalam bayaran bilik adalah RM18 sekepala (anak-anak 100c keatas).

Bilik pulak..cari kat TRIVAGO.COM harga promosi masa tu RM280 per night termasuk breakfast.

Bilik memang puas hati, dapat pulak bilik menghadap kolam..tingkat 11..view pagi memang cantik :)
Sampai si kakak bella tanya, mummy bila kita nak 'balik' hotel lagi???huaaaaarghhhhhhhhhh............

InsyaAllah, mummy & daddy will work hard for all your happiness.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum …

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,
Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...
Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 
http://peranginan.bph.gov.my/

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)
Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :- Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Yang penting....kita ENJOY!
Mumy nab&…