Monday, September 14, 2015

Tragedi Kren Tumbang di Masjidilharam Mekah

Assalamualaikum,

Pada 11 September 2015 jatuh pada hari Jumaat.Petamg selepas waktu asar (jam 10+ malam waktu malaysia) seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian kren tumbang setelah di tiup angin akibat ribut pasir di Mekah.

Allahuakbar!

Masa dapat berita tu..Sabtu pagi, kami berdebar seketika..kerana makcik & pakcik kesayangan berada di sana kerana mereka telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
Kecoh seketika..sbb kami belum dapat berita daripada mereka.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 pagi hari sabtu tu jugak..makcik yg aku panggil makrah membalas mesej whatassp kami sekeluarga.Semasa kejadian tu dia berada di dalam bilik hotel.
Setakat blog ni ditulis, 4 jenazah jemaah haji dari Malaysia telah di kenalpasti.3 masih belum di temui.Mangsa yang cedera masih dirawat di hospital & ada juga yang telah dibenarkan pulang ke tempat kediaman masing2.
Ramai yang memberi respon tentang tragedi ini.Banyak komentar2 menulis... mangsa2 kejadian meninggal ditempat paling suci di dunia, pada hari Jumaat selepas asar.Mudah mudahan roh mereka dicucuri rahmat & tergolong bersama orang2 beriman.InsyaAllah...Mereka merupakan insan yg sangat istimewa kerana terpilih untuk bertemu Allah di tempat & waktu paling baik.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa kejadian.Tak kira samada yang telah meninggal dunia atau mangsa yang tercedera.Semoga yang tercedera cepat sembuh dan berpeluang melakukan wukuf di arafah pada 22 September nanti.


Sedikit gambar tentang kejadian terbabit.
Husnul khotimah InsyaAllah...




Makrah & Pakdin

Gambar pemandangan dr bilik makrah-sebelum kejadian
Selepas kejadian.


AL-FATIHAH.

No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...