Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Aidilfitri 2015

Selamat hari raya Aidilfitri.

Maaf Zahir batin..kepada semua pembaca blog mummy nabeela..

Sesaje nak abadikan kenangan raya 2015..  supaya anak2 boleh tengok akan datang =)

Raya pertama kami di Felda Maokil, Labis (Rumah husben) pas solat hari raya kami bergerak ke Kampung Tenang, Labis (rumah nenek husben)












Raya kedua..kami balik ke Kampung Tahang Rimau, Segamat pula (kampung mak ku)










Main bunga api..Raya ke 3 kat rumah atok segamat, sekotak habis.







Tu ajer, warna warni hari raya kami.... ekorang camne pul

Salam 28 Ramadhan

Beberapa hari lagi..eh! lagi sehari la... 17 Julai 2015 ni kita dah nak menyambut bulan Syawal. Ya Allah! mudah-mudahan amal ibadat kita pada bulan Ramadhan ni diterima dan aku berharap aku sekeluarga berpeluang berjumpa Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Aaminnnnnnnnnnnnnnnn.

Di kesempatan ini, aku mewakili kaum keluarga ku..sepanjang aku menulis blog ni..ber'facebook' dan ber'sosial' di internet..andai ada tersilap kata, terkasar bahasa... mohon ampun, maaf tulus dari hati.

Selamat menyambut bulan Syawal yang mulia. Semoga bergembira hendaknya... beraya dalam keadaan sederhana dikala keadaan ekonomi yang tidak stabil kini serta tidak membazir. Gembira itu bukan dari kemewahan tetapi dari hati yang ikhlas dan bersih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

9 Cara menghadapi tantrum anak!

Bismillah...

Salam 28 Ramadhan,
Nak cerita ckit pasal tantru... bukan ape..sejak HERO ku berumur 2 tahun [pada 24 jun lepas] amboiii haii... asik tantrum jek..kalau dia lambat dapat sesuatu atau kalau tak dapat. Mumy pon dah naik lali... tapi lali-lali pon dalam hati membara tapi diam kan aje..sabar2.. tak mo la hilang kawalan ke hapee..kang jadi kes dera mcm kes baru-baru ni. [na'uzubillah] Tu orang yang takde pedoman hidup, takde iman lagi agaknya.
Apa yang kita perlu buat??? Cari punca dan jalan penyelesaian arrr... 1. Sebagai ibu bapa,sebaiknya bersikap tenang dalam menghadapi anak anda yang mengalami temper tantrum. 2. Menghiraukan anak anda sampai kemarahannya reda, berikan peringatan dengan tegas (tanpa marah) mengenai aturan yang telah dipersetujui bersama. 3. Hindari memukul anak anda, lebih baik anda memeluk anak sampai anak anda tenang.4. Cari punca kemarahan anak anda sehingga anda dapat memberikan penjelasan yang sebenarnya. 5. Sebaiknya anda tidak menyerah kalah ketika ana…

Sambal Goreng Ikan Bilis

Salam 22 Ramadhan,
Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal pula.. bulan yang penuh barakah ini menguji kami erti sabar dan kegigihan [baru betul menahan nafsu dan mengajar erti kesabaran]. Selepas suami di berhentikan kerja.. aku dan mak (mak sendiri) memulakan bisnes kecil kecilan mengikut 'kepakaran' kami. Kami memulakan perniagaan Sambal Goreng Ikan Bilis resepi mak. Alhamdulillah, walaupon kecil-kecilan..aku bersyukur atas kurniaan rezeki yang Allah berikan dan aku bersyukur dapat emak yang baik hati dan rajin membantu ku mencari rezeki tambahan. Husben aku pon keje jugak...selain jual SCALE MODEL.. dia buat juga kerja-kerja kebun di kampung. Apa pun, susah macamana pon kita...kita kena ingat ada orang yang lebih susah daripada kita. Aku bersyukur sebab anak-anak masih dapat makan minum sedap, beli pakaian raya dan berjalan-jalan macam orang lain walaupon bajet2.
Dalam hidup ni bergantung lah kepada Allah sepenuhnya. Memintalah kepada-Nya dan usaha. InsyaAllah …

Makanan memberi tenaga sepanjang berpuasa.

Ok, lapar ketika berpuasa tu biasa... Biasa la tu..beberapa jam perut kosong memang la lapar. Tapi yang penting masih bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian seperti bekerja dan jangan asyik nak tidur aje.
Arini, aku nak share sikit makanan yang menjana tenaga ketika berpuasa [kalau entry sebelum ni share pasal lauk pauk kampung heehee].
Pemenang no #1 dalam carta makanan paling tahan lama di dalam tubuh adalah Oat!!!

Oat menyumbang banyak tenaga kepada tubuh agar kekal sihat dan cergas. Oat juga baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Resepi Oat + ESP Shaklee

Amalkan mengambil oat bersama susu segar tambahkan ESP [untuk extra tenaga dan manfaat lain] serta kurma dan madu sebagai manisan ketika bersahur. Shake2 aje.. atau bole sediakan waktu malam..selain kurma bole ganti buah-buahan segar seperti anggur, strawberry, mangga, pisang dll yang korang suka. Masukkan dalam peti sejuk semalaman..esok pagi nak sahur..trus slrpppp jek. Senang kan? Tips ni s…