Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Lauk kampung yang membangkitkan nafsu!

Cuci mata!!! Bagi nafsu bangkit..haahaa..tambah dosa jek aku ni. Takde lah, niat aku share ni nak bagi uols INSPIRASI untuk memasak dikala berbuka puasa nanti.Baru kul 3.30 ptg..heehee..ada beberapa jam lagi untuk berbuka puasa...

Ni antara lauk-lauk fevret kalau balik kampung:

Sambal tumis petai.
Gulai ayam. Kerabu mangga..memang fevret sangat!
Asam pedas Ikan kembung
Ikan masin bulu ayam Sayur lemak pisang Sambal belacan.

Tapi most fevret, kalau balik umah mak kat Segamat.. family kami mesti tak lupa cari Murtabak Singapore terbaik! Dan Ayam Golek Mastor yang femes! Bole gi tempat jualan mereka di Jalan Tahang Rimau Segamat..jalan menghala ke Yayasan kalau dari bandar Segamat bersebelahan Petronas.

Sory, entry ni bukan nak bagi resepi..next time kita sharing2 resepi..ok x? heehee..
-Salam 13 Ramadhan-
Mummy Nab menulis...

TIPS ibu bekerja dari rumah

Ini adalah salah satu idamanku.. bukan jadi surirumahtangga sepenuh masa.. tetapi jadi housewife cum bisneswoman . Seronok kan??? Tapi, sebelum menjadi work at home mom ni..kenalah tahu tips-tips yang patut atau tak patut di lakukan ketika bekerja dari rumah..supaya jadual waktu lebih tersusun, kerja terurus dan bisnes lebih lancar. Pada wanita yang dah mula bekerja dari rumah pon bole baca....

Menjadi ibu yang bekerja dari rumah ialah satu cara yang baik untuk menyumbang kepada pendapatan keluarga dan pada masa yang sama masih boleh berada di sisi anak-anak. Apa yang anda perlukan untuk berjaya ialah perancangan awal dan pengurusan yang baik.Adakah saya masih memerlukan khidmat penjagaan anak jika saya bekerja dari rumah?Untuk memastikan anda dapat menyiapkan semua kerja dari rumah, anda pasti memerlukan khidmat penjagaan anak. Terdapat banyak pilihan khidmat penjagaan anak yang berlainan, oleh itu ambillah masa untuk melihat apa yang sesuai bagi anda. Pilihan khidmat penjagaan …

20 amalan membuka pintu rezeki..

20 AMALAN MULIA YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI!! AL – FATIHAH
Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah  membaca amalan ini,
anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:
Dan setelah selesai membacanya,

Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari )
Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (kakek & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan…