Wednesday, December 9, 2015

Bagaimana nak tahu demam anak kita serius atau tak?

Salam,

Alhamdulillah, setelah 3 hari demam Incik Razin telah pulih seperti sedia kala. Peliknya si bujang ni..badan panas..tapi masih ligat belari & bermain-main. Fuh! mumy masih boleh relaks lagi dalam keadaan dady takde kat rumah minggu ni..Mumy kena bangun malam & merawat anak bujang mumy sendirian [bantuan dari atok jugak..tolong pujuk 'abang' & pegang abang masa nak makan ubat..hiihii].*abang tu panggilan untuk razin..

Kalau nak dikira2...anak-anak mummy ni..jarang sekali demam.Paling kerap 3-6 bulan sekali demam..kira setahun 2-3 kali je.. Alhamdulillah, tu rezeki kesihatan anak-anak yang Allah kurniakan untuk mummy & daddy. Memang tengah musim demam la kot sebab cuaca tak menentu..tengok keadaan sekeliling pon ramai anak-anak kawan ni demam jugak.
Ok, sebelum kita ambik ringan pasal demam anak2 ni baik kita kenal pasti..kenapa terjadinya demam? Lepas tu, baru kita bole bertindak...

Mengapakah anak kita demam?

Anak-anak kita demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa terjadi..antaranya :
  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

Bagaimana kita nak tahu anak-anak kita ni teruk ke tidak demamnya?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah celcius, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, yang itu anda perlu risau.

Hubungi doktor/ pakar pediatrik anda jika....
  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih, tidak menyusu & tidak aktif.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

[cara mengurangkan demam anak]
.

Sunday, December 6, 2015

3 Cara mumy buat untuk mengurangkan demam anak selain dengan ubat...

Assalamualaikum w.b.t,

Selain mummy yang bizi penutupan akaun 2015...mumy pon bizi jaga anak-anak yang amik giliran demam...pas kakak beela demam 5 hari..selang beberapa hari si abang kecik pulak demam. Dah la susah nak makan ubat...
.
Apa mumy buat ialah...

1) Mandi/jaram/jerlum dengan tula basah untuk pastikan suhu badan tidak naik tinggi...kalau dia panas sangat..mandikan aje..pastikan mandikan anak curah air dari kaki ke atas..supaya dia tak terkejut.Atau..basuh muka dia...renjis2 air sikit kat dia. Kenapa kena mandi & lap badan dgn air sejuk? sebab wap panas akan keluar melalui tempat sejuk..macam cawan panas..klu kita sejukkan bawah kipas...sure la cepat air tu sejuk kan??? [meyakinkan tak penerangan aku ni?]

2) Lemon socks - ni tips ni aku baru tau..tips dari pegawai aku yang duk citer cara dia mengurangkan demam anak dia.Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe. Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.

3) Baca Al Fatihah, Ayat Kursi & Do'a menghilangkan demam panas kepada anak & baca pada air minuman dia. Do'a ni memang cepat mujarab..tapi untuk sementara. Buat juga rutin-rutin lain seperti diatas dan bagi paracetamol atau bawa ke klinik jika demam berlanjutan lebih dari 2 hari.

InsyaAllah, semoga kita jadi mak mak yang tabah jaga anak tak sihat ni...plus kalau kita ada anak-anak lain. Kat situ la kita di uji. Mana nak layan yang sihat..mana nak layan yang merengek kan?kan?kan? Ala, kita SUPERMOM kan...mesti bole... =)


Semoga bermanfaat,
Xx Mummy Nab&Nad xX

Sunday, November 15, 2015

Konvokesyen Tadika Pasti 2015

Assalamualaikum,

Tahniah anak2 mummy..sebab dah BERJAYA habiskan pembelajaran bagi sesi 2015. Tahun depan sambung lagi yer..ni belum FINAL GRADUATION taw...

Nabeela ada setahun lagi sebelum FINAL year.
.
.
Nadeera ada dua tahun lagi untuk betol betol GRADUATION..heehee... =)


Persembahan daripada Tadika Al Azhar...1 buah lagu Nasyid, lagu sekolah dan
lagu AEIOU =)


Nabeela jalan nak pi amik sijil & cenderahati


Nadeera terima sijil & cenderahati

Ada orang dah sangatttt boring...sama tak muka???
Happy for U dear =)
Alhamdulillah, selesai............................Panjang umuq, jumpa next year... Love Nabeela, Nadeera, Razin and apaknye sekali.. =D


- Al Kisah mummy nab & nad -

Thursday, November 12, 2015

INSTANT SHAWL DUA MUKA @ArRana Shop


New!!! Instant Shawl Dua Muka

Material : Chiffon & Moscrepe

Colour : 2 colour

PROMOSI NOVEMBER 2015!!!

bukan RM50, bukan RM40...tapi..

RM30 termasuk postage taw!!!












Like FB page : Arrana Shop
Instagram : @arrana.shoppe
Untuk pembelian/sebarang pertanyaan : Whatassp +6019-6800226

SHAWL CHIFFON UPDATES!

Assalamualaikum,

Calling for #shawllover!!!!

Kat sini korang leh dapatkan shawl ala2 [inspirasi] kek nis a.k.a Hanis Zalikha.



Berikut adalah color shawl yang 'still available'!

Siapa yang suka something flowy, simple but nice...JIMAT..sehelai selendang boleh digayakan pelbagai cara ikut kreativiti masing2.












Material : Quality Chiffon
 
Saiz : 2 meter panjang (approx.)
*tepi bersegi
*Jahitan kelim tepi
**warna random
Harga : RM 15.00  sehelai
*postage RM6 sm /RM10 ss utk 1-3 helai

PROMOSI OKTOBER!!!! [SEMENTARA STOK MASIH ADA]

Beli 5 HELAI SHAWL KEKNIS PERCUMA POSTAGE TAW!
korang jangan mintak pulak "mana postage..takde pon?" memang nak kena....grrrrrr.


Kalau ada yang berkenan bole la whatassp kita cepat2.
Jom Whatassp +60196800226

Follow INSTAGRAM : arrana.shop

FB PAGE: ARRANA SHOP

Wednesday, October 21, 2015

MURAH-MURAH!!! BAWAL CREPE & SHAWL SIFON



Antara koleksi terbaru mummy nab... Bawal Crepe [material crepe matte - tidak berkilat seperti satin] tetapi ia juga mudah dibentuk. Bagi mereka yang suka bergaya simple dan suka colorful..BAWAL CREPE sesuai untuk anda.

Hanya RM 10.00 sehelai **postage RM6 sm/ RM 9 ss [bagi 1-3 helai] bagi pembelian lebih 5 helai.. POSTAGE ADALAH PERCUMA!!! :)






Bagi 'Long Wide Shawl' keknis ni pula..diperbuat daripada heavy chiffon yang bila dipakai mudah bentuk, lembut tetapi terletak cantik dan 'superflowy'. Sangat selesa dipakai dan digayakan samada untuk bekerja atau bersantai. :)

Hanya RM 15.00 sehelai **postage RM6 sm/ RM 9 ss [bagi 1-3 helai] bagi pembelian lebih 5 helai.. POSTAGE ADALAH PERCUMA!!! :)




Color mungkin sedikit berbeza kerana pencahayaan.
PROMOSI OKTOBER!!!!
[SEMENTARA STOK MASIH ADA]



Kalau ada yang berkenan bole la whatassp kita cepat2.
Jom Whatassp +60196800226

Follow INSTAGRAM : arrana.shop

FB PAGE: ARRANA SHOP

Wednesday, October 7, 2015

"Mendidik anak-anak cemerlang"

Assalamualaikum,

Saya terjumpa artikel ni dan rasa ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama bukan simpan untuk diri sendiri dam saya berharap supaya ramai ibu bapa yang dapat mengikut 'guidelines' tersebut dan menjadikan anak-anak kita antara yang cemerlang di mata kita (ibu bapa, keluarga) & masyarakat. 

Kaedah Mendidik Anak Cemerlang dari Dr. Fadzilah Kamsah

Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: 
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: 
 Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: 
 Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.


3. Kaedah Soal jawab
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.


4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.


5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.


6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.


7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
.
.
.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail.

Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat membentuk anak-anak yang cemerlang di dunia & akhirat. InshaAllah! 
Terima kasih kerana membaca blog mummy nabeela 😊

Tuesday, October 6, 2015

RESEPI DAGING MASAK "UNGKEP" YANG SIMPLE.

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas..kita dah pon menyambut Hari Raya Aidiladha, makanya banyak la kami dapat daging kurban. Banyak ke?huhuhu... 2 kilo je pon. Korang banyak tak dapat?

1 kilo pertama..aku dapat masak 2 kali.Al maklum..kat rumah tak berapa ramai..1st skali masak daging dendeng. [kemudian la aku share resepi ek].

so, kali ke 2 aku masak daging masak ungkep [masakan orang jawa yang aku baru belajor]. Sebelum ni tak pernah dengar masakan camni..sebab kat cni populasi ramai orang jawa...makanya aku pon belajor. Mula-mula buat pakai ayam. Sebab saja nak tukar pulak guna daging. Ni masih kilo yang pertama.Kilo ke 2 baru potong & rebus malam tadi, di biar frozen supaya bila nak masak2 nanti senang..terus campak dalam periuk. Memang cara ni paling mudah.

Ok dah, jom trus ke resepinya...





Bahan-bahan -

500gram daging [telah dihiris & direbus empuk]
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
10 batang cili api [kalau nak pedas tambah la lagi]
1 sudu kecil ketumbar, jintan manis, jintan putih
1 batang serai
1 keping asam keping [cukup!]
Garam secukup rasa
1 sudu kecil Gula


Cara-cara memasak -

Bahan2 kat atas ni kita kasi blend sampai hancussss. Lepas tu kita tumis bahan2 blend tadi. Dah agak bebau wangi..kita masukkan daging tadi.Reneh kan sampai sedikit kering. Suka hati korang la..nak kering macam mana. Kalau aku suka berkuah sikit. Tapi kalau kering dia lagi sedap sebenarnya.

Tu jer...........

Senang je kan???

Kalau korang dah rebus daging tu bagi empuk..tak sampai setengah jam dah siap =)

So, selamat mencuba!!!

 
X mummy nabeela X

[klik sini : sumber protein terbaik & semulajadi yang mampu membekalkan tenaga, sebagai milkbooster, memelihara kecantikan & kesihatan ]







Thursday, October 1, 2015

Jom Follow Instagram ArRana Shop

Assalamualaikum,

Arini dah 'launch' [launch taw...macam launch butik aje! Aminnnn] kedai Instagram ku [tarikh:21/09/2015]. Selalu aku iklankan kat instagram peribadi je...ok, instagram @lyna_sabran tu pon dah semakin semak, sesak aku tengok.

Ar-Rana shop ni khas untuk pengiklanan produk2/barang2 yang aku selalu jual..contoh - susu segar legend, terbaru shawl hanis zalikha dan yang lain2 akan menyusul.

Instagram arrana.shop ni dibina bertujuan untuk memperkembangkan lagi pelbagai perniagaan yang aku usahakan. Actually, dengan berbisnes la salah satu cara aku sebagai mummy/isteri membantu daddy/suami menambah pendapatan keluarga kami terutama perbelanjaan harian yang semakin meningkat :(

Terima kasih kepada yang sudi menyokong bisnes kami.Hanya Allah yang mampu membalas jasa korang.

**saya masih jual Shaklee.Kalau nak..roger2 la ok?  Whassap +0196800226

Jom follow reramai INSTAGRAM... @arrana.shop
Jangan lupa ye...;)

@arrana.shop




Yang white font ni...tak nampak tulisan la pulak bila upload kt profile piccas Instagram tu.

Antara pilihan lain..




Kalau korang..pilih yang mana? semua aku design sendiri [aku memang suka men'design'..hobi..heehee]



Thank You For Reading,

X mummy nabeela X


Wednesday, September 30, 2015

Jerebu di Malaysia 2015 membimbangkan.



Assalamualaikum,

Keadaan jerebu di Malaysia pada tahun ini sangat membimbangkan sebab rasa terkesan dengan keadaan sekarang. Effect kepada pernafasan terasa sesak dan mata pedih akibat debu/asap.

Harap-harap masalah hutan terbakar di Indonesia dapat segera diatasi. [Ala2 baca berita gitu].

Sekolah-sekolah di Johor masih belum di buka kerana IPU di Johor 'VERY UNHEALTHY' setakat hari ini 30/09/2015 (Rabu).


TIPS JAGA KESIHATAN KETIKA JEREBU...

Take care semua,
X Mummy Nabeela X

Tuesday, September 29, 2015

NAMPAK STAILISTA & SIMPLE - Inspirasi [Shawl Hanis Zalikha]

Nak shawl yang simple, trendy & stailista???
Material : Quality Chiffon



Saiz : 2 meter panjang (approx.)


*tepi bersegi
*Jahit tepi

**warna random



Harga : RM 15  sehelai

*postage RM6 sm /RM10 ss utk 1-3 helai










Kalau ada yang berkenan bole la whatassp kita cepat2.
sebab batch yang ni color sangat limited. Next restock kita UP entry lagi hokeh?



Jom Whatassp +60196800226

Follow INSTAGRAM : arrana.shop

FB PAGE: ARRANA SHOP

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...