Friday, October 24, 2014

My VIRTUAL diary dedicate untuk anak-anak.

Assalamualaikum w.b.t,

Lama dah menceburi dunia blogging, kira-kira 4 tahun lepas cuma tak berapa nak aktif. Rasanya ramai sekarang dah jadi blogger untuk share kebaikan, pendapat, cerita, pengalaman, minat dan journal kehidupan.

Sebagai blogger aku juga ada fevret BLOGGER yang mendatangkan INSPIRASI, IDEA dan memberi banyak INFO berguna. Mungkin cara mereka menulis dan blog mereka nampak menarik, tak bosan untuk dibaca... antaranya..

Ehh.. banyak lagi...sebenarnya.
Sebelum berkecimpung dalam bisnes SHAKLEE aku suka tulis tentang anak2, pengalaman mengandung, pengalaman bersalin, kisah hidup yang tak berapa menarik nih..so, blog ni aku 'dedicate' untuk anak2 dan keluarga ku...sebagai sebuah VIRTUAL DIARY yang akan berada di alam maya selama-lamanya.

Aku ade 2 blog taw... heehee... RAJIN TAK BERTEMPAT!!

I'm happy blogging.. sebab aku bole 'membebel' fefeling tulis diary gitu..kalau korang bosan takpe, jangan baca..sebab kebanyakkan cerita pasal anak anakku untuk dorang baca di masa akan datang :)

Yang ni pulak khas cerita tentang PRODUK2 Shaklee iaitu supplemen semulajadi, selamat dan dijamin berkesan. . Bukan tentang SUPPLEMENT jer.. ada jugak aku share sikit2 tentang info kesihatan, kecantikan & diselitkan tentang senaman.


Jangan ambil hati kalau ada bahasa/ayat yang kasar dan mengguris hati... minta maaf awal-awal.

enjoy reading!

Love Allah, my family and my life.


Yang menulis,
Mummy Nab & Nad
-Norazlina Sabran-
















Thursday, October 9, 2014

'Favourite COLOR' ada kaitan dengan personaliti kita???

Bila cerita tentang color...
Warna la.. dalam bahasa MELAYU.. Cuba bayangkan kalau dunia takde warna??? Tak pat bayang kan??? Tengok je la filem zaman dulu. Hitam+Putih... tu je color yang ada... ceria tak???
Sesuai dengan perwatakan aku... aku suka WARNA WARNA hijau (sebab tu duk kat luar bandar...haahaa.. sebab aku berpeluang tengok gunung ganang, pokok2 tiap hari).
Sebenarnya bagi aku tengok sesuatu 'subjek' tu.. samaada dia sesuai kaler ape.Contoh, cam kaler cat rumah aku suka.. warna2 semula jadi.. coklat, hijau, warna2 lembut dan tak menyesakkan mata. Warna yang sesuai untuk membangkitkan keharmonian keluarga.Gitu...
Macam baju, aku kurang baju kaler hijau.. aku suka baju kaler pink, purple & biru... kebanyakkannya la..
Kalau kereta (idaman) I suka kaler garang... MERAH la... paling menawan.
[Sumber ::psikotube::]

Ini adalah kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.
Biru muda : Pengasih dan penyayang
Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi
Oren : Bersemangat dan komited
Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah
Merah : Berani dan emosional
Ungu : Kejayaan dan sikap positif
Hitam : Rasmi, serius atau hiba
Coklat : Matang dan bertanggungjawab
Putih : Bersih dan amanah
PENJELASAN TERPERINCI

HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Most favourite color sekarang... HIJAU & PINK... damai & lembut je kita rasa... heehee ;D
Tapi kalau kaler kereta aku suka MERAH atau PUTIH! Nampak macam mahal gitu...walaupon kereta murah ke hape...
 
Korang??? Jom analisis diri.. hikhikhik.

Wednesday, October 1, 2014

TOP 5 fevret love song...

Aku memang suka menyanyi!!

Suara sedap ke??? takde la sampai leh masuk AF...harhar [ok, tak lawak!]

Macam aku, ada banyak fevret song... LOVE SONGs tu... payah ckit, sebab aku bukan minah bunga... suka lagu pon sebab lirik & lagunya...

Korang suka lagu ape???

Aku list kan 5 lagu aku paling minat.. dulu & sekarang hea...

1. My heart will go on



- sebab suka filem TITANIC.. teringat kisah jack & rose... heehee.. takde kena mengena dengan aku langsung!!!



2. Terukir di bintang

- " Sayangku jangan kau persoalkan, Siapa di hatiku, Terukir di bintang, Tak mungkin hilang cintaku padamu..." kannn.. macam sesuai di tujukan kepada orang yang kita sayang..



3. Keabadian Cinta



- Lagu Anuar Zain mendalam taw maksudnya... lagunya tak ditujukan kepada seseorang tapi lebih kepada kekasih [abadi].

4. For the rest of my life



- Maher Zain songs.. walaupon lagu2 dia lebih berunsurkan keTUHANan.. tapi lagu ni boleh dianggap lagu CINTA jugak.

5. Jaga dia untukku




- Lagu baru Dato' Siti Nurhaliza ni.. aku tujukan kepada orang yang aku sayang. Suami, mak, anak2...
Lagu ni juga di tujukan kepada family mangsa tragedi MH370..

Nampak tak aku ni bukan jenis yang ber'bunga'2.. LURUSSSS jek... kalau tajuknya CINTA... SAYANG... tu lar 'Love Song' aku...

Ok, bye... see you next enry...

#sahut cabaran 30hari blogging Day11



Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...