Wednesday, August 15, 2012

Raya Datang Lagi.....

Salam,

Dah mcm tajuk lagu raya..title post mummy kali ni..

Syukur Alhamdulillah..kerana kita masih dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan & diberi kesempatan sekali lagi untuk menempuhi bulan yang penuh rahmat ini iaitu bulan Ramadhan dan beberapa hari saja lagi... Syawal akan menjelma.Syukur Ya Rabbi! Semoga amal ibadat kita sepanjang Ramadhan ni akan diterima oleh-Nya.

Tahun 2012 merupakan tahun ke 4 beraya sebagai seorang isteri...Tahun pertama ialah tahun 2009..masa tu baru 5 bulan (lbh kurang) mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang...Razman Bin Rahmad. Tahun 2010 tahun pertama meraikan raya sebagai seorang ibu..baru abis pantang masa tu..baby pon baru 2bulan+ Tahun lepas pengalaman baru wat mumy kerana kali pertama x merasa pakai baju kurung di hari raya..pasal mumy mengandung anak ke2 masa tuh...Masa tu mmg xde feel nak raya..Just bli baju jubah siap 2 helai.Puasa pon larat x larat..huuhuu..Baju mak mertua pon xdak bg..Baju anak just 2 helai, baju husben pon x beli...Memang serba serbi ala kadar.Biasa la ble 'perancang' x jln..semua x gerak...huuhuuhuu

Alhamdulillah..dengan rezeki yg Allah kurniakan...tahun ni baik berpuasa mahupon beraya..mumy rasa dah 'over' sgt la nii..Makanan&masakan berbuka,sahur..memang luar biasa dari hari biasa..Kalau hari2 biasa..belasahhhh la masak pe pon..Puasa kali ni x..kul5.30 ptg dah angkat lengan baju, duk dapur jd chef..pikiaq pe nak masak?!! Persiapan raya plk semua nak baru (untuk aku kecuali handbag jer...sbb ada 'target' handbag yg xcukup bajet nak bli skrg..tp klu de rezeki SALE ujung tahun nanti nak jugak!)

Tinggal sehari je lagi hari utk aku bekerja...esok ada baaaaaaaaaaaanyak perancangan sebelum nak blk Segamat utk beraya.Hari ni..bz nak 'packing' barang2 yang perlu dibawa pulang kekampung..

Mari jengok CHECKLIST raya kami :

1)  Beg Pakaian/Luggage (wajib la) - Baju melayu hubby, samping, 2 helai tshirt baru (xde bli seluar baru) dan baju2 harian serta beberapa helai baju tidoq..Baju kurung mummy bawak 3 pasang, tudung yg ada pon baru sehelai..beli dgn my cousin iaitu tudung glamor raya Fareeda still my cousin smpn..jumpa kt Segamat nanti baru dia bg..tudung tu dwi warna..so bole pakai dengan 2 helai baju. Sehelai lg nak cari kt Jakel kot...nak blikan tudung untuk mak jugak. Mana lagi tempat paling feveret..Ariani klu x pon Hajra..cari yang ada SALE gilerrr! Barang mummy lagi yang perlu dibawa Nursing Inner 2 helai, Skirt kembang, cardigan 2 helai, T-shirt 3 helai, Nursing Tank 1 helai dan yg lain2.........huuhuuu........banyaknya barang mumy..x termasuk baju tidoq lagi.

Dah rupa cam orang nk balik oversea..nampak gayanya. Barang anak2 pulak..puas gak nak 'list'kan ni.... Gaun seorang sehelai, Tshirt baru sorang sehelai, legging utk adik, jeans utk kakak, baju kurung adik 3 pasang, baju kurung kakak 2 pasang jek...(planning sorang sehelai jek..tp utk adik kita ada byk kain lebih..1m tu muat2 wat baju kurung dia...Jd la baju kurung terlebih..heeheeh ;) ) Baju tidoq masing2 3 pasang jew&baju pakai basahan pon 3 pasang jew...sbb dah bwk byk sgt baju-bajuan...cukup2 sudah...

Blom termasuk barang lain yang sgt berkenaan didlm beg 'akademi fantasia' ni...yang lain2 tu biasa la..Beg mekap mumy, perfume, butang baju melayu & tuala mandi......

2) Diaper beg & toiletteries babies - Ni jangan lupa...klu lupa kena bli baru..haahaa..pembaziran jdnya nanti. Toiletteries termasuk syampu, mandian, baby oil, bedak, colonge, minyak yuyi, vicks, nappy rash cream, nail clipper, travel changing mat..selalunya benda2 ni dah duk dlm 1 beg...kena cek betul2 jgn ada yg terkeluar dr tempatnya..klu terkeluar mmg x bawak la jawabnya.

3)  Bakul mandi - mumy&dady punya barang2 mandian lor.

4)  Kuih & kerepek raya untuk rumah kampung, atok & mak mertua...

5)  Beg plastik berisi kasut raya.

6)  Bakul susu & makanan babies - ini harus ada..klu x memang si kakak minum air 'gas' jela raya nanti..haahaa..mumy x sezalim itu..blom pernah tertinggal brg yang paling penting tu (dah biasa ulang alik kampung dah expert kemas barang..heeheeh ;-P )

7)  Lain2 spt 'walker' adik..kena bwk..sbb risau dia merangkak sana sini sibuk mengutip. Tengah pk..perlu ke bwk stroller??nak pergi mana? apa keperluannya?

8) Bawak lori pon 'sure' x muat ni..toto&bantal anak2... haahaah =D 

9) Last but not least..lauk pauk yang nak dimasak untuk hari raya yang diimport khas dari Tangkak, Johor. Haahaah.. ada ke patut?!

Seingat mummy, ni aje barang2 yang perlu...ishk2...Harap2 la xsesak si kudut tu.Kawan2 tolong..do'akan perjalanan kami selamat dan kita semua dapat meraikan hari raya dengan suasana yang ceria & gembira. Kawan2 jugak hati-hati taw dalam perjalanan samada nak balik kampung atau nak pgi beraya.

Tahun ni sebelum raya hingga raya ke 2 mummy beraya bersama mak mumy yang tersayang. Raya ke 3 baru balik ke kampung hubby hingga seminggu..tp oleh kerana rumah kami jarak perjalanan setengah jam je..mungkin kami ke kampung hubby jugak raya pertama nanti.

Ok, sampai sini sahaja cit cat mummy kali ni...

Selamat hari raya mummy ucapkan kepada semua pembaca blog mummy, sahabat2 tercinta, sepupu yang dikasihi, saudara mara & kawan2 seperjuangan walau dimana sahaja anda berada...PEACE u'all! Maaf Zahir & Batin.



Ikhlas ;
Mummy Nab&Deera



No comments:

Kebaikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Assalamualaikum, Sempena pelancaran YOUTH SHAKLEE, promosi bulan ni puan seiring dengan misi kecantikan bagi semua tak kira lelaki ke ...