Skip to main content

Jenis2 breastpumps yg saya pernah guna..Meh tengok sini jap..


Assalamualaikum,

Hai..ape khaba sumer blogger hari ni? Hari ni byk plk idea nak menulis dalam blog comel ku ini.. aku tak pernah review tentang breastpumpsss yg pernah aku 'try' dan guna sebelum ni..aku suka wat testimoni...termasuk la, testimoni tentang set bersalin dulu..heehee..sebab tu aku suka mencuba sesuatu yg baru.. =)

Ok, 1st skali aku nak tunjuk breastpump yg menjadi milik aku sekarang iaitu...

Ni 'pumping station' saya kt tmpt keje...

Spectra 3 kesayangan ku [tahun 2010-2011]

UNIMOM MEZZO -manual breastpump

Kedua2 di atas adalah breastpump yg saya guna skrg [2010-2012]. Spectra 3 [sekarang dah ada spectra baru, lebih ringan & canggih] sangat bagus untuk ibu2 yg ingin hasil yg 'lumayan' & cepat..Sesuai digunakan untuk ibu2 bekerjaya kerana ianya elektronik breastpump, sambil wat keje, sambil ber'pumping' klu kena gayanya boleh 'handsfree' dan double pumping bagi menjimatkan masa. Ia boleh dilaraskan dari suction min hingga max..selalunya kalau breast tengah penuh..suction minimum pon dah ok..tp klu kita nak kosongkan breast..guna la suction yg maksimum..mmg "auch!" haahaa~ tp don't worry alah bisa tegar biasa..lama2 tak rasa sakit. 
Pastikan jgk anda membeli 1 set dgn backpack utk 'menggendung' b.p ni kemana2, 'cooler tote bag' utk bwk balik bekal susu bersekali dengan ice pack gel nya. Ok???

Saya juga amat berpuas hati dengan UNIMOM MEZZO walaupon pam manual ni x se'famous' medela harmony & avent...tp penggunaannya amat berpuas hati. Reka bentuk seakan2 avent manual..suctionnya lembut & x menyakitkan. BP manual ni saya wat 'back up' utk masa kecemasan ketika xde sambungan plug, jalan2 dok dlm keta ke dan mcm2 keadaan yg x disangka.
Faktor utama sekarang dalam membeli botol susu & breatpumps adalah BPA-free..
ianya of coz.
Ia agak mudah untuk dipasang & dibersihkan.Pemegangnya jugu memudahkan cengkaman kerana ia di perbuat drpd 'non-slip rubbers'.Ia juga direka bagi memastikan aliran susu terus dari 'breast shield' ke botol untuk kebersihan yang maksimum.'Comfort silicone massage' direka khas untuk mengurut payudara semasa mengepam yang menggalakkan aliran susu di samping memberi keselesaan maksimum. =) Ini yg best.....





Berikut adalah pictures Medela Harmony yang kawan saya dok bg try...hasilnya..YUMMY....! Jom review serba sedikit...
[masa ni 1st time try manual taw..excited sgt!]
BP manual daripada medela ini ada '2 phase expression' krn ia amat mudah apabila kita perlu mngepam laju & seterusnya pam secara perlahan, ia sgt mudah nk 'handle' pasal pemegang yg ergonomik sekali, ia perlahan-lahan mengurut payudara  dengan 'SoftFit Breast shield' dan paling penting.... Fewer parts than other manual breast pumps and senang nak cuci...!!! heehee.. 



COOL!





Pengalaman menggunakan Medela freestyle ...x dpt di lupakan..entah bila masa leh dpt guna lagi..coz harga di pasaran sekarang RM1,600.00. Hak ni, kwn saya bg pinjam 1 bulan... Ia 'rechargeable' mcm henpon kita. Bole jln pi mana2..pam kt mana2 anda suka..janji pandai cover, sangat ringan&kecil, mudah di bawa ke hulu dan ke hilir.
Review daripada penjual2 Freestyle..mcm ni...

Freestyle direka kerana...
aksesori Hands-free memberi kebebasan untuk mengepam sambil bergerak.
Bateri boleh dicaj semula membolehkan anda mngepam selama 3 jam.
Kecil dan ringan, berat kurang daripada 450 gram dan dapat disesuaikan di telapak tangan anda
• Teknologi pintar ‘2 phase expression’ berkuasa mengepam yang terbukti untuk meniru corak hisapan semula jadi bayi dan mendapatkan lebih banyak susu dalam masa yang singkat..
LCD skrin, paparan digital skrin menyediakan paparan digital yang juga boleh digunakan sebagai lampu malam bagi mereka yang mengepam sesi lewat malam.
• Butang Memori membolehkan ibu untuk menyamakan corak kegemaran mengepam untuk memudahkan dan kecekapan untuk sesi mengepam seterusnya.
Beg comel memegang pam yang penting dan banyak lagi. Semua aksesori boleh ditanggalkan jadi anada boleh gunakan secara berasingan.
 Ok la, sampai sini dulu 'review' tentang breatpump yang pernah saya guna sebelum ni & sekarang..Thanks for reading...Enjoy pumping!! walau apa pon pam yg anda gunakan..back to basic breastfeeding rules ok....?!


XoXo,
Mummy nab&nad 
 

Comments

zarina said…
salam.
nak tanya spectra 3 tu, breast shield sama lembut macam avent tak?
QA's ~ mamapapa said…
salam kenal...jemput follow kmbali :)
I'm Alina said…
s3 keras ckit shield nya.....bebanding avent & fs ;)
Norazlina Mummy said…
sekarang spectra dah ada macam2 version lebih light dan praktikal...
Ros said…
saya pernah guna Spectra 3, sekarang pakai FS.
Waktu dalam pantang, saya akan guna Avent manual sebab lagi banyak dapat perah.

Popular posts from this blog

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum …

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,
Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...
Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 
http://peranginan.bph.gov.my/

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)
Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :- Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Yang penting....kita ENJOY!
Mumy nab&…