Skip to main content

Set Bersalin Sendayu Tinggi (Ammy 60 Days)

Set Bersalin Sendayu Tinggi - Ammy 60 days

Salam semua,

Jom kita 'jenguk2' kelebihan yang ada dalam set ni :

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengambalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

HARGA SET BERSALIN SENDAYU TINGGI (TERBAHAGI KEPADA 4 PAKEJ YANG BOLEH DIPILIH YEE..)

Pakej 1 : RM207.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)

Pakej 2 : RM247.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Bengkung (free size)

Pakej 3 : RM386.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone

Pakej 4 : RM427.00
~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone
~ Bengkung (free size)
 
Keterangan & Cara Penggunaan :

Untuk Rawatan Dalaman

Ammy Sixty Days (1-10 hari)

Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

Ammy Sixty Days (11-20 hari)

Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.

Ammy Sixty Days (21-30 hari)

Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. Selain itu,ia memberikan ibu tenaga dan menambah darah.

Ammy Sixty Days (31-40 hari)

Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

Ammy Sixty Days (41-50 hari)

Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

Ammy Sixty Days (51-60 hari)

Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.


Untuk Rawatan Luaran


Ammy Heat

Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)

Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

Oil of Telon (minyak bayi)

Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).

Tummy Tone

Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)

Body Tone

Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.

Ok, sampai sini dulu...selamat berpantang!!! ;-)

Comments

Popular posts from this blog

TIPS LEGAKAN SAKIT TEKAK AKIBAT SELESEMA

Assalamualaikum,

Sokk sekk sokk sekk sokk sekk..hmmmmmmmh....[selesema daaa]

Dah seminggu kot menghidap selesema [org kata selesema juga slh satu cara penghapus dosa2 kecil..kalau kita bersabar la] Kali ni, kami sekeluarga diserang virus selesema + batuk serentak.. yg lbh parah ble mak & husben 'jatuh' demam...bole gtu ayat??? Aku demam gak..tp 1 mlm jek..

Dari hari Rabu minggu lps sampai arini... mula2 sakit tekak jer...Perit sgt ko.. gigih...aku meng'google'..tips2 melegakan sakit tekak...

Antara tips mudah yang boleh diamalkan untuk melegakan sakit tekak dan batuk selain dari mengambil ubat batuk yang diambil di klinik/farmasi adalah :

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum …

Jangan lupa singgah makan di Ledang a.k.a Tangkak

Assalamualaikum,

Kami sekeluarga bukan la jenis suka makan luar..tapi sejak 4 tahun menetap di daerah Ledang ni, aku 'spot' beberapa gerai makan 'especially' waktu sarapan dan minum petang yang memang famous amos lar. Feberet kami laki binik minum petang @ 'mengeteh' bersama...

Kalau lalu Tangkak waktu pagi.. korang akan perasan ROTI CANAI TERBANG berhampiran surau anjung batu. Selepas exit tol tangkak.. kalau ke arah pekan tu sebelah kiri driver. Heee.. memang mabeles roti canai dorang. Sampaikan sesape yang menginap di Mawwadah Inn pon akan dapat token sarapan pagi kat situ.

Nasi Lemak Ayam berempah pulak kat depan SMK Tun Mamat di kedai makan 'PELADANG' kitorang panggil.. memang sodap! Tapi awal pagi lar.. kalau korang singgah kul 9-10 memang dapat saki baki rempah jer. Hikhik.. Nak2 kalau hari bekeje.. memang la cepat lakuuu.

Jom menge'teh' petang2... balik opis kalau ada masa.. singgah kedai mak teh.. berhampiran SMK TUN MAMAT jugak. Keda…

Rumah Peranginan Persekutuan - Federal Villa, Langkawi

Salam,
Hari ini mumy nak bagi sedikit info...mumy ni kalau bab bercuti semua nak berbajet! Janji bole jalannn..haahaa..tiket flight+hotel x sampai RM1,000 kott..So kesimpulannya, nak bercuti2 x semestinya kena ada banyak duit.. Yang penting bijak mengurus bajet yang ada..Hati mesti kena happy & tujuan utama  bercuti adalah untuk 'release tension'!!! huuhuu...
Kat sini mumy nak tunjuk korang hotel yang mummy check in @ Langkawi..khas utk kakitangan kerajaan..Jgn sia2kan kemudahan yang ada...Log on website nih : 
http://peranginan.bph.gov.my/

Di atas serba ckit, gambar2 yang di ambil ketika berada di Federal Villa...kadar yang dikenakan memang amat berpatutan.. so, ape kata korang cuba mohon kalau ada 'planning' nak bercuti di langkawi =)
Jenis2 bilik & Kadar utk semalam :- Bilik Suite RM 132.00
Bilik Deluxe RM 77.00
Bilik Standard RM 55.00

Beralamat di : Lot 1698, Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Yang penting....kita ENJOY!
Mumy nab&…